Tze Liang Penerima Tertinggi Shakam Sukan Sea 2013

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 3:26 PM

Tze Liang (tengah) menerima replika cek berjumlah RM40,000 daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Turut kelihatan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong (kiri). Foto: RAYMOND OOI/ The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Ooi Tze Liang mendahului penerima tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM)  sebanyak RM40,000 berdasarkan pencapaian pingat pada Sukan SEA di Myanmar Disember lalu.

Selain Tze Liang, rakan-rakannya dalam acara terjun turut menerima habuan termasuk Muhammad Nazreen Abdullah (RM30,000), Cheong Jun Hoong (RM30,000), Pandelela Rinong (Rm20,000), Ahmad Amsyar Azman (RM10,000), Ng Yan Yee (RM10,000), Nur Dhabitah Sabri dan Leong Mun Yee (RM20,000) sekaligus mencatat jumlah kemenangan keseluruhan tertinggi RM160,000 berbanding dengan pasukan lain.

Manakala bagi acara renang pula menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM70,000 yang diterima Loh Yen Ling Christina (30,000), Daniel William (RM20,000) dan Khoo Chai Lin (RM20,000).

Skuad karate pula yang meraih tujuh pingat emas menerima wang kemenangan sebayak RM140,000 keseluruhannya.

Mereka termasuk Lim Chee Wei  RM26,666.67, Shree Sharmini Segaran (RM25,000), Nisha Alagasan (RM25,000), Syakilla Salni Jefry (RM25,000), Sentil Kumaran Selvarajoo (RM20,000), Leong Theng Kuang (6,666.66), Leong Tze Wai (RM6,666.66) dan Muer Eleena Anis Abd Malik (RM5,000).

Senarai penuh penerima SHAKAM Sukan SEA 2013:

Badminton beregu (1 emas) - Woon Khe Wei/Vivian Hoo Kah Mun (RM20,000)

Bina Badan (1 emas) - Wong Ngai Heong (RM20,000)

Ekuestrian (3 emas) (RM65,000) -Mohd Sulaiman Muda (RM25,000), Praveen Nair Mathaven (RM20,000), Mohd Bulkhari Rozali (RM5,000), Abdul Halim Alihin (RM5,000), Asri Abdul Aziz (RM5,000), Mohd Hisyamuddin Daud (RM5,000).

Hoki Lelaki (emas) - RM90,000

Hoki Wanita (emas) - RM90,000

Memanah (2 emas) - RM40,000

Menembak (1 emas) - Eddy Chew (RM20,000)

Muay Thai (2 emas) - Mohd Lokman Akimi Mat Roji/Mohd faizal Ramli - RM40,000

Olahraga (4 emas) - RM70,000

Pelayaran (2 emas)- RM40,000

Pencak silat (2 emas) - RM40,000

Wushu (3 emas)- Diana Bong Siong Lin, Tai Cheau Xuen, Phoon Eyin - RM60,000 

Sukan Para ASEAN 2013:

Catur - RM40,000

Memanah - RM40,000

Olahraga - RM618,000

Ping Pong -RM20,000

Powerlifting - RM40,000

Renang -RM100,000








Tags / Kata Kunci: Shakam , Sukan Sea , Myanmar , Ooi Tze Liang , terjun , akuatik , karate

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan