Pandelela Sasar Raih Emas Pada Kejohanan Terjun Siri Dunia

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 8:07 PM

pandelela

Pandelela Rinong.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas sekadar meraih tiga pingat perak dan satu gangsa pada dua pusingan awal Kejohanan Siri Terjun Dunia FINA, ratu terjun kebangsaan Pandelela Rinong menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya satu emas pada baki kejohanan berkenaan.

Penerjun kelahiran Sarawak itu meraih satu pingat perak dan gangsa masing-masing menerusi acara 10m platform individu dan seirama bersama Leong Mun Yee pada pusingan pertama di China, selain dua perak dalam acara sama pada pusingan kedua di UAE.

Pusingan ketiga dijadual berlangsung di United Kingdom dari 25-27 April diikuti Rusia (2-4 Mei); Kanada (30 Mei-1 Jun) sebelum menutup tirai di Mexico dari 6-8 Jun.

"Saya lihat kelebihan yang ada pada penerjun China (pada dua pusingan awal kejohanan) kerana mereka menurunkan peserta yang bertubuh kecil selain mempunyai penerjun dengan kualiti terjunan yang agak baik.

"Bagi saya, peluang untuk meraih pingat emas tetap ada namun yang penting, saya perlu mempertingkatkan persembahan saya pada baki kejohanan itu," kata Pandelela.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Gimnasium 2, MSN, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Pandelela enggan meletakkan sasaran yang tinggi pada Sukan Komanwel di Scotland pada Julai dan Sukan Asia di Korea Selatan pada September, sebaliknya berharap dapat mengekalkan prestasi semasa terutamanya dari segi kawalan terjunan.

"Saya lihat peluang agak cerah untuk meraih pingat emas pada Sukan Komanwel memandangkan pencabar terdekat hanyalah dari Great Britain dan Kanada dan pada Sukan Asia, potensi meraih pingat ada namun saya perlu bekerja keras," katanya.

Pada majis berkenaan, Pandelela membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 selepas meraih pingat emas menerusi acara 10m platform individu wanita pada

Sukan Sea Myanmar 2013.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan