Tragedi MH370, Beberapa Aktiviti Akademi Dunia Sukan Laureus Dikurangkan

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 7:13 PM

Edwin Moses

Edwin Moses.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Akademi Dunia Sukan Laureus, Edwin Moses mengumumkan beberapa aktiviti yang akan diadakan  sebelum majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus dikurangkan  bagi memberi penghormatan kepada insiden MH370.

"Kami di Akademi Dunia Sukan Laureus turut bersimpati dengan tragedi itu. Dengan majlis anugerah yang berlangsung di Istana Negara pada Rabu, kami berasa sangat dekat dengan rakyat Malaysia buat masa ini.

"Kami  mengambil keputusan untuk mengurangkan beberapa aktiviti yang dirancang dalam tempoh dua hari ini.

"Bagi pihak kami dan juga seluruh keluarga Laureus di serata dunia, saya berkongsi kesedihan ini dan seluruh dunia merasainya, " katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Moses turut mengumumkan  bahawa Laureus Sport for Good Foundation yang bergerak ke seluruh dunia, dan kini menyokong lebih 140 program komuniti berasaskan sukan di 34 negara, akan membangunkan beberapa projek di Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) sebagai legasi berterusan di negara ini, hasil majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus.

Laureus dan YR1M akan membentuk kerjasama yang memberi fokus kepada pemindahan kaedah berkesan Laureus kepada YR1M menerusi program latihan yang terbukti berkesan dan latihan pembangunan kemahiran khusus untuk memberi faedah berterusan kepada remaja Malaysia.

Dalam pada itu juga, Laureus dan YR1M juga bersetuju untuk mengadakan Sidang Kemuncak Laureus Sport for Good di Kuala Lumpur pada penghujung tahun ini, bagi menyediakan peserta rangkaian global dalam  perkongsian ilmu, perbandingan teknik dan belajar antara satu sama lain demi memastikan program pembangunan remaja berasaskan sukan yang terbaik kepada golongan remaja di seluruh dunia. 

Sidang Kemuncak itu juga akan membawa 150 pemimpin muda, pengamal sukan dan pemimpin pembangunan ke Malaysia untuk membolehkan organisasi sukan tempatan mempelajari sesuatu daripada komuniti di peringkat global.

Senarai penuh calon bagi Anugerah Tahunan Dunia Sukan Laureus 2014 adalah:

Calon-calon Atlet Lelaki Terbaik Laureus 2013:

1. Usain Bolt (Olahraga, Jamaica)

2. Mo Farah (Olahraga, UK)

3. Lebron James (Bola Keranjang, Amerika Syarikat)

4. Rafael Nadal (Tenis, Sepanyol)

5. Cristiano Ronaldo (Bolasepak, Portugal)

6. Sebastian Vettel (F1, Jerman)

Calon-calon Atlet Wanita Terbaik Laureaus 2013;

1.Nadine Angerer (Bolasepak, Jerman)

2. Missy Franklin (Renang, US)

3.Shelly Ann Fraser Pryce (Olahraga, Jamaica)

4. Yelena Isinbayeva (Olahraga, Rusia)

5. Tina Maze (Ski, Slovenia)

6. Serena Williams (Tenis, Amerika Syarikat)

Pasukan Terbaik Laureus 2013:

1. All Black (Ragbi, New Zealand)

2. Bayern Munich (Bolasepak, Jerman)

3.Skuad Bolasepak Brazil

4.Bob dan Mike Bryan (Amerika Syarikat, Tenis)

5. Miami Heat (Bola keranjang, Amerika Syarikat)

6. Red Bull Team (F1, Austria)

Pencapaian Sukan Luar Biasa Laureus 2013:

1. Pasukan kriket Afganistan

2. Marc Marquez (MotoGP, Sepanyol)

3. Raphael Holdeppe (Olahraga, Jerman)

4. Nairo Quintana (Basikal, Colombia)

5. Justin Rose (Golf, UK)

6. Adam Scott (Golf, Australia)

Kemunculan Semula Terbaik Laureus 2013:

1.Yelena Isinbayena (Olahraga, Rusia)

2. Rafael Nadal (Tenis, Sepanyol)

3. Oracle Team (Kapal layer, Amerika Syarikat)

4. Tony Parker (Bola keranjang, Perancis)

5. Ronaldinho (Bolasepak, Brazil)

6. Tiger Wood (Golf, Amerika Syarikat)

Tokoh Sukan Kurang Upaya Laureus 2013:

1. Marie Bochet (Ski, Perancis)

2. Marcel Hug (Lumba Kerusi roda, Switzerland)

3. Tatyana McFadden (Lumba Kerusi roda, Amerika Syarikat)

4.Sophie Pascoe (Renang, New Zealand)

5. Sarah Louise Rung (Renang, Norway)

6.Olga Sviderska (Renang, Ukraine)

Aksi Sukan Terbaik Laureus 2013:

1. Jamie Bestwick (BMX , UK)

2. Bob Burnquist (Papan luncur, Brazil)

3.Mick Fanning (Luncur Air, Australia)

4.John John Florence (Luncur Air, Amerika Syarikat)

5.Maya Gabeira (Luncur Air, Brazil)

6.Shaun White (Luncur Papan Salji, Amerika Syarikat)

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan