Hoki: Korea Selatan Di Tempat Ketiga

Diterbitkan: Ahad, 23 Mac 2014 9:27 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Juara Asia, Korea Selatan mengalahkan China 3-2 untuk menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-23 di Stadium Azlan Shah di sini, Ahad.

Pakar pukulan sudut, Jang Jong Hyun menyelamat maruah pasukan Korea Selatan dengan menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir perlawanan.

Korea Selatan membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi Kim Young Jin sebelum Jong Hyun menambah jaringan empat minit kemudian.

Bagaimanapun, China merapatkan jurang jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Du Talake pada minit ke-31.

Pada babak kedua, China menguasai permainan dengan corak pantas dan bertenaga dan usaha mereka berbaloi apabila Zhang Zhixuanin menyamakan kedudukan pada minit ke-39.

Penjaga gol China Yan Rong Yao bertindak cemerlang untuk menyelamatkan serangan bertali arus oleh Korea Selatan sebelum Jong Hyun sekali lagi menyudahkan pukulan sudut penalti bagi mengesahkan tempat ketiga pada kejohanan enam pasukan tersebut.

Terdahulu itu, dalam satu lagi perlawanan penentuan tempat, Kanada membalas dendam kekalahan pada pusingan awal apabila mengalahkan Afrika Selatan 2-0 untuk menduduki tempat kelima kejohanan.

Kanada, yang tumpas 3-2 kepada lawannya itu Rabu lepas, menghasilkan dua gol pada babak kedua perlawanan menerusi jaringan Adam Froese pada minit ke-62 dan Taylor Curran, empat minit kemudian.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan