UCI Lulus Cadangan Pusat Kecemerlangan BMX Asia Di Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 8:29 AM

Malaysia meletakkan sasaran menempah slot dalam disiplin BMX ke Sukan Olimpik 2028.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) secara dasarnya telah meluluskan penubuhan Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Melaka.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab keputusan tersebut dicapai selepas beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden UCI, Brian Cookson di Ibu Pejabat UCI di Aigle, Switzerland, Jumaat.

"Pada dasarnya UCI telah bersetuju dengan pelan perancangan PKBM itu. Sewaktu membentangkan kertas kerja di depan Cookson dan beberapa pegawai kanannya, saya tegaskan bahawa objektif utama pelan ini adalah untuk merapatkan jurang perbezaan di antara benua Asia dan Eropah.

"Pelan ini juga telah mendapat kelulusan daripada Presiden ACC (Konfederasi Berbasikal Asia), Choo Hee Wook dan ACC juga bangga dengan usaha yang sedang dirintis dan dilakukan oleh PKBM," katanya dalam kenyataan di sini.

Abu Samah, yang merupakan Naib Presiden ACC, turut meletakkan sasaran skuad berbasikal negara mampu menempah slot dalam disiplin BMX ke Sukan Olimpik 2028 apabila pusat kecemerlangan yang turut mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan itu disiapkan nanti.

"Ketika ini pelumba BMX Malaysia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan mutu di benua Eropah, malah kita juga sangat jauh ketinggalan dengan pelumba di Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia atau Filipina.

"Bagaimanapun PKBM tidak mahu mengalah dan kami akan terus berusaha agar tahap kayuhan pelumba BMX Malaysia meningkat dan seterusnya layak ke Sukan Olimpik 2028 nanti," katanya.

Mengulas mengenai pertemuan tersebut, Abu Samah berharap ia bakal membuka lembaran baharu hubungan antara kedua-dua pihak sambil menambah, pihaknya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan bekas Presiden UCI, Pat McQuaid.

"Saya telah tegaskan kepada Cookson bahawa PKBM adalah sebuah ahli gabungan UCI yang bermaruah. Justeru kami terima sepenuhnya pemilihan dan kepemimpinan Cookson sebagai Presiden UCI yang baharu," katanya.

Abu Samah berkata pihaknya turut memohon bantuan UCI untuk menghantar tenaga pengajar atau jurulatih bertaraf dunia selain memberikan pandangan terhadap aspek teknikal yang perlu diberi penekanan di dalam pembinaan gelanggang BMX tersebut.

Sementara itu, Cookson berkata badan induk dunia itu menyanjung tinggi usaha PKBM yang merupakan salah sebuah ahli gabungan mereka.

"Di sini saya ingin tegaskan bahawa selaku Presiden UCI saya sentiasa membuka pintu rundingan. Saya sentiasa menyanjung tinggi terhadap sebarang usaha untuk membentuk hubungan kerjasama yang baik dengan UCI," katanya.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan