Terjun: Pingat Emas Adalah Bonus Dalam Siri Dunia - Pandelela

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 6:23 PM

Aksi Pandelela pada Siri Dunia FINA di Barcelona tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ratu terjun negara Pandelela Rinong hanya mahu memberi tumpuan kepada tahap kesukaran terjunannya pada Kejohanan Siri Dunia FINA 2014 tanpa memikirkan kelibat pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2012, Liu Huixia dari China.

Penerjun kelahiran Sarawak berusia 21 tahun itu berkata beliau akan menampilkan aksi terbaik untuk mempertahankan pingat perak dalam acara individu
10 meter platform wanita pada pusingan kedua di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu.

"Memang sukar untuk mengatasi Liu...saya hanya menaruh harapan dan sekiranya merangkul emas esok, ia adalah bonus kepada saya," katanya.

Dalam acara individu pada pusingan pertama di Beijing minggu lepas, Pandelela mendapat perak dengan mengumpul 368.50 mata, di belakang Liu, yang
merangkul emas dengan kutipan 412.90 mata.

Bagaimanapun, Pandelela bersama Leong Mun Yee merangkul gangsa dalam acara platfrom 10 meter seirama di Beijing sebelum memperbaiki kejayaan dengan pingat perak pada pusingan kedua di Dubai semalam.

Pusingan kedua di Dubai berakhir esok sebelum pusingan ketiga di London dari 25 hingga 27 April, Moscow, Russia (2-4 Mei), Windsor, Kanada (30 Mei-1 Jun) dan Monterrey, Mexico (6-8 Jun).
Tags / Kata Kunci: Pandelela Rinong , FINA , Dubai , Olimpik

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan