Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia Atasi China 7-1

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 10:46 AM

Skuad hoki negara ceria berjaya menewaskan China dengan jaringan 7-3 pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Rabu.Foto:BERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia buat pertama kali menungguli kedudukan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-23 selepas menumpaskan China 7-3 pada perlawanan saingan awal di Stadium Azlan Shah, Rabu malam.

Selepas empat perlawanan, Malaysia mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengumpul 10 mata dan mendahului carta kedudukan enam pasukan.

Bagaimanapun, peluang Malaysia menempah slot perlawanan akhir Ahad ini masih belum terjamin kerana juara bertahan Australia dan Korea Selatan masih mempunyai baki dua perlawanan.

Malaysia perlu melengkapkan jadual pusingan awal dengan menentang Australia, Sabtu ini.

Australia, yang mengutip sembilan mata dalam tiga perlawanan sebelum ini, akan berdepan dengan Korea Selatan pada Jumaat sebelum menentang Malaysia, Sabtu ini.

Korea Selatan, dengan tujuh mata, akan melengkapkan jadual dengan menentang Afrika Selatan, Sabtu ini.

Dalam pertemuan dengan China, Malaysia tidak menghadapi masalah untuk mendahului 5-0 pada babak pertama perlawanan.

Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi Muhammad Marhan Mohd Jalil diikuti tiga minit kemudian oleh Azlan Misron.


Gol lain skuad kendalian Muhammad Dharmaraj Abdullah dijaringkan oleh  Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin (24'), Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (26'), Shahril Saabah (30'), Mohd Fitri Saari (45') dan  Muhammad Firhan Ashari (62').


China, yang mengutip tiga mata selepas mengalahkan Afrika Selatan 5-0, Jumaat lepas, merapatkan jurang jaringan menerusi E Liguang pada minit ke-44 dan dua percubaan pukulan sudut penalti oleh Du Talake pada minit ke-61 dan 66.


Tags / Kata Kunci: Piala Sultan Azlan Shah , hoki , Malaysia , China

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan