Cumberbatch Dipilih Jadi Pengacara Anugerah Dunia Sukan Laureus

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 12:40 PM

Benedict Cumberbatch

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bintang filem dan televisyen, Benedict Cumberbatch, yang terkenal dengan lakonannya sebagai detektif Sherlock Holmes dalam siri TV BBC British akan menjadi pengacara majlis bagi Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 di Kuala Lumpur pada 26 Mac ini.

Benedict pernah muncul dalam beberapa filem yang mendapat sambutan hangat sejak beberapa tahun alu, termasuk lakonannya dalam filem yang berjaya memenangi anugerah tahun ini, 12 Years a Slave dan pencalonan dalam Anugerah Akademi Ogos lalu, Osage Countty. 

Selain itu pada tahun lalu, beliau muncul sebagai Julian Assange dalam filem Wikileaks, The Fifth Estate dan sebagai Dragon Smaug dalam file arahan Peter Jackson, The Hobbit: The Desolation of Smaug. 

Benedict juga pernah muncul dalam filem Atonement (2007), Tinker Tailor Soldier Spy (2011) dan filem arahan Steven Spielberg, War Horse (2011). 

Beliau berkata: “Saya adalah peminat setia sukan dan saya gembira diberi peluang menjadi pengacara bagi satu majlis yang penting dalam dunia sukan. 

"Saya sudah melihat senarai nama-nama semua atlet lelaki dan wanita yang hebat-hebat yang dicalonkan bagi Anugerah Laureus tahun ini dan, walaupun saya memegang peranan sebagai detektif dalam filem Sherlock, saya perlu akui saya tidak ada petunjuk siapa yang akan menang. Kesemua mereka mencapai sesuatu yang hebat. 

"Tetapi pasti menarik dapat menjadi sebagaian daripada acara yang istimewa ini."

Cumberbatch baru-baru ini mengambil bahagian dalam 50 Tahun Di Atas Pentas, acara tertinggi dianjurkan Royal National Theatre sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya, dengan memegang peranan sebagai Rosencrantz dalam babak arahan Tom Stoppard berjudul Rosencrantz and Guildenstern Are Dead. 

"Pada 2015 dia akan kembali ke pentas untuk berlakon dalam pementasan Hamlet di London's West End.

Penyokong kuat dalam penganjuran badan amal, Cumberbatch adalah duta bagi Prince's Trust yang bertujuan membantu belia kurang bernasib baik di United Kingdom. 

Selepas berlakon sebagai ahli saintis bernama Stephen Hawking dalam siri televisyen Hawkings pada 2004, dia begitu aktig membantu dan menjadi penaung bagi Motor Neurone Disease Association.

Anugerah Dunia Sukan Laureus ke-15 adalah majlis penghargaan perdana dalam kalendar sukan antarabangsa bagi kalendar 2013. 

Pemenangnya, yang akan dipilih oleh Akademi Dunia Sukan Laureus yang dianggotai sekumpulan unik 46 ahli sukan lelaki dan wanita terhebat dalam sejarah, akan diumumkan dalam satu majlis gilang-gemilang yang disiarkan ke seluruh dunia yang berlangsung di Istana Budaya pada Rabu, 26 Mac.

Hasil kutipan daripada Anugerah Dunia Sukan Laureus memberi manfaat secara langsung dan menyokong kerja-kerja Sukan Laureus untuk Yayasan Good yang menyokong lebih 140 projek komuniti sukan di seluruh dunia.  
 
Antara nama-nama hebat dalam dunia sukan yang pernah terpilih sebagai pemenang Anugerah Laureus sejak 15 tahun lalu adalah Usain Bolt, Sebastian Coe, Novak Djokovic, Roger Federer, Alex Ferguson, Lewis Hamilton, Kelly Holmes, Rafael Nadal, Pelé, Steve Redgrave, Ronaldo, Michael Schumacher, Kelly Slater, Shaun White, Serena Williams dan Zinedine Zidane.
 
Senarai penuh calon bagi Anugerah Tahunan Dunia Sukan Laureus 2014:
 
Atlet Lelaki Terbaik Tahunan Laureus

Usain Bolt (Jamaica) Olahraga; Mo Farah (UK) Olahraga; LeBron James (Amerika Syarikat) Bolakeranjang; Rafael Nadal (Sepanyol) Tenis; Cristiano Ronaldo (Portugal) Bolasepak; Sebastian Vettel (Jerman) Sukan Permotoran
 
Atlet Sukan Wanita Terbaik Tahunan Laureus

Nadine Angerer (Jerman) Bolasepak; Missy Franklin (Amerika Syarikat) Renang; Shelly-Ann Fraser-Pryce (Jamaica) Olahraga; Yelena Isinbayeva (Russia) Olahraga; Tina Maze (Slovenia) Ski; Serena Williams (Amerika Syarikat) Tenis 
 
Pasukan Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus

All Blacks (NZ) Ragbi; Bayern Munich (Jerman) Bolasepak; Pasukan Bolasepak Kebangsaan Brazil; Bob & Mike Bryan (Amerika Syarikat) Tenis; Miami Heat (Amerika Syarikat) Bolakeranjang; Red Bull (Austria) Sukan Permotoran

Pencapaian Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus

Pasukan Kriket Afghanistan; Marc Márquez (Sepanyol) Motosikal; Raphael Holzdeppe (Jerman) Olahraga; Nairo Quintana (Colombia) Berbasikal; Justin Rose (UK) Golf; 
Adam Scott (Australia) Golf

Kebangkitan Semula Terbaik Tahunan Laureus

Yelena Isinbayeva (Russia) Olahraga; Rafael Nadal (Sepanyol) Tenis; Oracle Team USA – Perahu Layar; Tony Parker (Perancis) Bolakeranjang; Ronaldinho (Brazil) Bolasepak; Tiger Woods (Amerika Syarikat) Golf
 
Atlet Sukan Kurang Upaya Terbaik Tahunan Laureus
 
Marie Bochet (Perancis) Ski; Marcel Hug (Switzerland) Lumba Berkerusi Roda; Tatyana McFadden (Amerika Syarikat) Lumba Berkerusi Roda; Sophie Pascoe (NZ) Renang; Sarah Louise Rung (Norway) Renang; Olga Sviderska (Ukraine) Renang

Aksi Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus

Jamie Bestwick (UK) BMX; Bob Burnquist (Brazil) Papan Luncur; Mick Fanning (Australia) Luncur Air; John John Florence (Amerika Syarikat) Luncur Air; Maya Gabeira (Brazil) Luncur Air; Shaun White (Amerika Syarikat) Luncur  Salji

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan