Terjun: Pandelela-Mun Yee Raih Gangsa Di Beijing

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 7:14 PM

Pandelela (kanan) dan Mun Yee meraih gangsa pada aksi Kejohanan Terjun Siri Dunia di Beijing, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pandelela Rinong - Leong Mun Yee mempamerkan aksi terbaik pada terjunan terakhir sekaligus  meraih gangsa dalam acara pembukaan Kejohanan Terjun Siri Dunia di Beijing, Jumaat.

Pasangan Malaysia ini sebelum itu berada di kedudukan keempat sebelum melakukan terjunan terakhir.

Walaupun kelihatan sedikit terlewat mengejar kedudukan, mereka berjaya mencatat 71.04 mata sekaligus mengumpul markah keseluruhan, 303.96 dalam acara synchro platform 10 meter.

Ini merupakan kejayaan pertama mereka pada tahun ini, malah menebus kekecewaan berada di tempat keempat pada aksi sama di Beijing tahun lalu.

Peluang untuk mendapatkan pingat perak terbuka sekiranya mereka mencatat markah 70.00 ke atas pada terjunan keempat itu.

Sementara itu, pasangan dari Kanada Roseline Filion - Meaghan Benfeito, pemenang pingat gangsa pada 2011 Kejohanan Dunia di Barcelona meraih pingat perak dengan 307.56 mata.

Juara bertahan Olimpik dari China, Chen Ruolin-Liu Huixia mengungguli pingat emas dengan markah keseluruhan 347.52 mata.

Jurulatih negara, Yang Zhuliang berkata mereka  bertuah kerana dapat mengetepikan pasangan Sarah Barrow- Tonia Couch (Britain) dan Mexico Paola Espinosa - Alejandra Orozco yang merupakan pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik London 2012 .

"Prestasi mereka seperti yang saya harapkan. Kami kini semakin hampir dengan pasangan terbaik dunia.
 
"Ini pertandingan pertama mereka. Semua orang mempunyai masalah untuk mengekalkan konsisten masing-masing," kata Zhuliang.

Pandelela - Mun Yee juga meraih pingat gangsa ketika aksi di Barcelona tahun lalu dan berada di tempat kedua keseluruhan siri ini pada tahun lepas.

Kejohanan enam pusingan ini disertai atlet yang berada dalam kelompok lapan terbaik acara individu dan disiplin.

Pandelela bakal beraksi dalam acara 10m platform individu akhir pada hari Ahad ini.

Manakala pusingan kedua kejohanan ini akan berlangsung di Dubai minggu depan.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan