Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia Buka Tirai Menang Ke Atas Afrika Selatan - Sukan Ekstra | mStar

Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia Buka Tirai Menang Ke Atas Afrika Selatan

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 11:22 PM

Pemain Afrika Selatan Julian Hykes (kiri) memberi asakan bagi menyekat kemaraan pemain Malaysia Helmi Jali dalam perlawanan pertama saingan Afrika Selatan bertemu Malaysia pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Khamis. Foto:BERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia memulakan cabaran Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah dengan mengalahkan Afrika Selatan 3-2 di Stadium Azlan Shah di sini, Khamis malam.

Malaysia, di bawah bimbingan jurulatih baharu, Muhammad Dharmaraj Abdullah, terpaksa bekerja keras untuk menyekat gerakan kemas skuad Afrika Selatan sebelum membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi Shahril Saabah.

Bagaimanapun, Afrika Selatan mengambil kesempatan menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jethro Eustice pada minit
ke-16 untuk kedudukan 1-1 pada separuh masa. 

Malaysia, yang cuba mencari kejuaraan sulung sejak edisi pertama pada 1983, berjaya mendahului semula kedudukan pada minit ke-42 menerusi jaringan Rashid
Baharom sebelum Eustice sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-57.

Bagaimanapun, penyerang senior negara Faizal Saari muncul wira skuad kebangsaan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-63.

"Kami sudah menjangkakan perlawanan sebegini...kami dapat banyak peluang dan juga melakukan banyak kesilapan.

"Kami memperoleh kira-kira 10 percubaan pukulan sudut penalti dan hanya menyudahkan satu sahaja. Pada perlawanan seterusnya, saya harap lebih banyak pemain akan diberi tanggungjawab mengambil pukulan sudut penalti," kata Dharmaraj.


Jadual perlawanan (Jumaat):

Korea Selatan mln Kanada - 6.05 petang

China mln Afrika Selatan - 8.05 malam

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan