Anugerah Dunia Sukan Laureus Bakal Dihadiri Ramai Legenda Sukan

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 5:21 PM

Charlton (tengah) dijangka hadir pada majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus 26 Mac ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menjadi tumpuan peminat sukan seluruh dunia menjelang majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus pada  26 Mac ini di Istana Budaya.

Anugerah Dunia Sukan Laureus, yang mengiktiraf pencapaian dalam bidang sukan, adalah majlis penghormatan perdana dalam kalendar sukan antarabangsa.

 Pemenang anugerah ini dipilih oleh Akademi Dunia Sukan Laureus, panel juri tertinggi dalam bidang sukan yang dianggotai oleh 46 atlet lelaki dan wanita terhebat dalam sejarah, akan diumumkan dalam majlis penganugerahan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Tokoh hebat Olimpik seperti Sebastian Coe, Michael Johnson dan Mark Spitz, pemain bola sepak handalan seperti Bobby Charlton, Marcel Desailly dan Ruud Gullit serta legenda sukan termasuk peninju Marvelous Marvin Hagler, pemain ragbi Sean Fitzpatrick dan peluncur gemilang Tony Hawk dijangka hadir pada majlis ini.

Turut hadir ialah salah seorang bintang sukan handalan Malaysia yang juga juara skuasy dunia tujuh kali, Datuk Nicol Ann David.

Calon-calon Atlet Lelaki Terbaik Laureus 2013:

1. Usain Bolt (Olahraga, Jamaica)

2. Mo Farah (Olahraga, UK)

3. Lebron James (Bola Keranjang, Amerika Syarikat)

4. Rafael Nadal (Tenis, Sepanyol)

5. Cristiano Ronaldo (Bolasepak, Portugal)

6. Sebastian Vettel (F1, Jerman)

Calon-calon Atlet Wanita Terbaik Laureaus 2013;

1.Nadine Angerer (Bolasepak, Jerman)

2. Missy Franklin (Renang, US)

3.Shelly Ann Fraser Pryce (Olahraga, Jamaica)

4. Yelena Isinbayeva (Olahraga, Rusia)

5. Tina Maze (Ski, Slovenia)

6. Serena Williams (Tenis, Amerika Syarikat)

Pasukan Terbaik Laureus 2013:

1. All Black (Ragbi, New Zealand)

2. Bayern Munich (Bolasepak, Jerman)

3.Skuad Bolasepak Brazil

4.Bob dan Mike Bryan (Amerika Syarikat, Tenis)

5. Miami Heat (Bola keranjang, Amerika Syarikat)

6. Red Bull Team (F1, Austria)

Pencapaian Sukan Luar Biasa Laureus 2013:

1. Pasukan kriket Afganistan

2. Marc Marquez (MotoGP, Sepanyol)

3. Raphael Holdeppe (Olahraga, Jerman)

4. Nairo Quintana (Basikal, Colombia)

5. Justin Rose (Golf, UK)

6. Adam Scott (Golf, Australia)

Kemunculan Semula Terbaik Laureus 2013:

1.Yelena Isinbayena (Olahraga, Rusia)

2. Rafael Nadal (Tenis, Sepanyol)

3. Oracle Team (Kapal layer, Amerika Syarikat)

4. Tony Parker (Bola keranjang, Perancis)

5. Ronaldinho (Bolasepak, Brazil)

6. Tiger Wood (Golf, Amerika Syarikat)

Tokoh Sukan Kurang Upaya Laureus 2013:

1. Marie Bochet (Ski, Perancis)

2. Marcel Hug (Lumba Kerusi roda, Switzerland)

3. Tatyana McFadden (Lumba Kerusi roda, Amerika Syarikat)

4.Sophie Pascoe (Renang, New Zealand)

5. Sarah Louise Rung (Renang, Norway)

6.Olga Sviderska (Renang, Ukraine)

Aksi Sukan Terbaik Laureus 2013:

1. Jamie Bestwick (BMX , UK)

2. Bob Burnquist (Papan luncur, Brazil)

3.Mick Fanning (Luncur Air, Australia)

4.John John Florence (Luncur Air, Amerika Syarikat)

5.Maya Gabeira (Luncur Air, Brazil)

6.Shaun White (Luncur Papan Salji, Amerika Syarikat)


Tags / Kata Kunci: Anugerah Sukan Laureus , Bobby

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan