Sepak Takraw: Malaysia Jumpa Brunei Separuh Akhir ISTAF

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mac 2014 6:28 PM

Pemain Malaysia Hanfiah Dolah melakukan libasan ketika menentang Jepun. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara nyata sukar ditandingi selepas mudah menewaskan Jepun untuk mara ke separuh akhir kejohanan Siri Super Akhir Istaf 2013/14 yang berlangsung di Stadium Tertutup Titiwangsa.

Trio negara diwakili Hanafiah Dolah, Muqlis Borhan dan Izurin Refin hanya mengambil 22 minit untuk menyingkirkan gandingan Masahiro Yamada, Seiya Takano dan Masanori Hayashi, 15-1 dan 15-9 pada perlawanan suku akhir hari ini.

Menanti skuad negara pada perlawanan seterusnya ialah pasukan Brunei yangmenewaskan Singapura 15-11 dan 15-6 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Jurulatih sepak takraw negara Jamaluddiin Hassan berkata pasukan negara mempamerkan rentak perlawanan sebenar namun masih perlu mempelbagaikan corak hantaran dan servis yang lebih tepat.

"Pemain perlu memberi tekanan awal kepada lawan seperti set pertama yang mana kita menang 15-1. Tekong negara Izurin juga kurang membuat kesilapan tetapi perlu lebih memberikan servis yang lebih tajam.

"Kita perlu bermain dengan cara kita sendiri nanti. Selepas beberapa perlawanan, saya lihat pemain sudah mendapat rentak," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Jamaluddin berkata kemungkinan beliau akan membuat pertukaran pemain bagi menentang Brunei esok dan mahu pemain mempertingkatkan prestasi untuk mara ke final..

"Brunei antara pasukan yang konsisten. Pemain mereka mempunyai fizikal badan yang cergas serta permainan mereka juga kemas," katanya.

Ketua pasukan Muqlis berkata beliau berpuas hati dengan komitmen dan keserasian rakan sepasukannya serta mahu skuad negara mengekalkan prestasi semasa untuk lebih kompetetif dalam perlawanan pada Sabtu.

"Selepas beberapa perlawanan, kami lebih serasi tetapi masih ada beberapa gerakan perlu diperbaiki. Ini merupakan kali pertama beraksi dalam kejohanan ini, masih ada beberapa gerakan perlu diperbaiki," katanya.

Tags / Kata Kunci: sepak takraw , malaysia , ISTAF

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan