Piala Sultan Azlan Shah: Ujian Malaysia Sebelum Ke Piala Dunia

Diterbitkan: Khamis, 6 Mac 2014 1:01 PM

Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan menerima penajaan bernilai RM200 ribu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Abdul Puhat Mat Nayan (dua, kanan) pada majlis penyampaian sumbangan penajaan sempena Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan Piala Azlan Shah yang bakal membuka tirai pada 13 Mac ini ternyata menjadi aksi penting bagi skuad Malaysia.

Bukan sekadar untuk menguasai dalam kelompok tiga terbaik, tetapi ada misi tersendiri skuad kendalian jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah.

Ini kerana empat daripada enam pasukan termasuk Malaysia yang beraksi pada edisi ke-23 ini bakal bermain pada Kejohanan Hoki Piala Dunia bermula 31 Mei ini di Belanda.

Aksi tahun ini menyaksikan hanya enam negara yang mengambil bahagian memandangkan Pakistan menarik diri baru-baru ini.

"Selain Malaysia, kita ada China, Korea Selatan, Kanada, Australia, Afrika Selatan.

"Mengenai Pakistan, kita belum berbincang mengenai apa-apa hukuman yang perlu diambil, mungkin ketika kejohanan ini berlangsung kita lihat apa yang patut dilakukan.

"Ini kerana kejohanan ini merupakan perlawanan jemputan, dan peraturan kita yang tentukan. Bagaimana pun kita akan memaklumkan kepada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) sebelum membuat sebarang keputusan, " jelas Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Piala Sultan Azlan Shah, Datuk Abd Rahim Md Ariff.

Menurut Abd Rahim, kejohanan ini amat menarik kerana Korea Selatan, Australia dan Afrika Selatan turut layak beraksi di The Hague, Belanda nanti.

"Pada Piala Dunia Mei ini, Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama Australia, manakala Afrika Selatan dan Korea Selatan berada dalam Kump B.

"Jadi kejohanan di Ipoh ini satu landasan terbaik memandangkan semua negara menghantar pasukan utama. Berdepan dengan Australia selaku juara dunia merupakan pengalaman baik untuk negara.

"Manakala senarai pemain pula, kita ada 36 pemain kesemuanya setakat ini. Mereka akan menjalani ujian bertemu Kanada pada 6, 8 dan 9 Mac ini dan di situlah pemilihan untuk aksi Piala Sultan Azlan Shah dibuat," jelasnya.

Sebagai rekod, sepanjang kejohanan yang mula diadakan pada tahun 1983 ini, Malaysia belum pernah dinobatkan sebagai juara.

Namun skuad negara mencatat naib juara sebanyak empat kali (1985, 2007, 2009, 2013).

"Kita masih menyasarkan mampu berada dalam kelompok tiga terbaik, namun sebolehnya mahu melihat piala ini berada di Malaysia," tambah Abd Rahim.

Tags / Kata Kunci: Hoki , piala sultan azlan , piala dunia , malaysia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan