Scott College New Zealand Juarai Kejohanan Ragbi Premier 7s MCKK

Diterbitkan: Ahad, 2 Mac 2014 11:16 PM

ragbi

Pasukan Scots College New Zealand (SCNZ) bergambar dengan piala dan cenderamata setelah dinobatkan johan dalam perlawanan akhir 'Category Cup Champion' MCKK Premier 7s di Kolej Melayu Kuala Kangsar di Kuala Kangsar, Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Pasukan Scots College dari New Zealand (SCNZ) menjuarai Kejohanan Ragbi Premier 7s Maktab Melayu Kuala Kangsar edisi keempat selepas menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh padaperlawanan akhir di Padang MCKK di sini, Ahad.

SCNZ yang melakukan empat try menang 36-14 untuk menjulang Piala NJ Ryan.

Turut menyaksikan perlawanan itu ialah Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Presiden Persatuan Bekas Pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Jurulatih SCNZ, Earl Va'a berkata kejohanan itu ialah yang pertama bagi pasukan itu di Malaysia, dan bagi kebanyakan mereka, ini merupakan lawatan pertama ke negara ini.

"Bagi kami, ragbi tidak berapa penting. Yang lebih diutamakan ialah datang ke sini dan para pemain mempunyai ramai kenalan dari kalangan masyarakat Malaysia dan pasukan Asia seperti Hong Kong dan Singapura," katanya kepada pemberita selepas kejohanan itu.

Pasukannya menaruh harapan untuk kembali semula ke Malaysia jika menerima undangan daripada MCKK selain menganggap negara ini mempunyai cuaca yang sangat baik untuk sukan itu.

Va'a juga berkata, beliau amat kagum dengan pasukan STAR yang mempamerkan tahap kemahiran yang tinggi.

"Mereka memberi kejutan kepada kami dengan lontaran dari jarak jauh dan larian serta tangkapan bola yang kemas. Saya berpendapat jika mereka menambah usaha dengan berlatih di gimnasium untuk menguatkan otot, mereka berpotensi menjadi pencabar," katanya.

Sementara itu, pasukan Hong Kong Sports School mempertahankan kejuaraan bagi kategori Plate dengan menewaskan Vajiravudh College, Thailand 12-5 manakala Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya memenangi kategori Shield selepas menewaskan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah 25-7.

Kejohanan antarabangsa jemputan bagi kumpulan bawah 17 tahun yang bermula Jumaat lepas itu disertai oleh 24 sekolah termasuk dari Singapura, Afrika Selatan, New Zealand, Hong Kong dan Thailand.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan