Olivia Tai Raih Pingat Emas Dan Perak Gimnastik Berirama Remaja Asia

Diterbitkan: Isnin, 24 Februari 2014 7:12 PM

Olivia menunjukkan pingat emas dan perak yang dimenanginya

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gimnas negara Olivia Tai Qing Tong membuat kejutan dengan meraih pingat emas bagi acara individu apparatus belantan pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-13 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Isnin.

Kelincahan Olivia Tai dalam persembahannya berjaya menarik perhatian juri dengan catatan mata tertinggi, 14.500 mata mengetepikan pencabar terdekatnya dari Kazakhstan, Yelizaveta Mainovskaya di tempat kedua dengan 14.350 mata.

Anora Davlyatova dari Uzbekistan dan Takana Tatsuzawa dari Jepun berkongsi pingat gangsa dengan masing-masing memungut 14.300 mata.

Dalam pada itu, Olivia, 15, menambah satu lagi pingat apabila meraih perak bagi acara individu apparatus riben dengan pungutan 14.150 mata.

Takana Tatsuzawa dari Jepun meraih pingat emas dengan pungutan mata tertinggi iaitu 14.300 sementara pingat gangsa milik Anora Davlyatova dari Uzbekistan dengan 13.900 mata.

"Kemenangan satu pingat emas dan perak ini memang kejutan buat diri saya, selepas gagal meraih kedudukan terbaik pada acara akhir apparatus gelung.

"Kejayaan ini adalah usaha saya dan jurulatih selama ini. Saya berharap dapat layak ke Sukan Olimpik Remaja di Nanjing, China pada Ogos," katanya kepada pemberita.

Dalam acara akhir individu apparatus gelung, Olivia Tai menduduki tempat keenam dengan pungutan 12.750 mata. Pingat emas dimenangi oleh Veronika Lyssogor dari Kazakhstan (14.600), pingat perak milik Nilufar Shomuradova dari Uzbekistan (14.250) manakala gangsa diraih Yelizaveta Mainovskaya dari Kazakhstan (13.950).

Penyampaian pingat disempurnakan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang juga penaung Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF). Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong.

Sementara itu, dalam kategori berkumpulan apparatus disiplin gelung, pasukannegara yang dibarisi Thew Yue Jia, Adelina Theresa, Chai Cin Nong, Chan MeiThung dan Yap Xin Lu meraih pingat gangsa dengan pungutan 12.517 mata.

Pingat emas dimenangi pasukan Uzbekistan dengan 14.250 mata diikuti pingatperak menjadi milik pasukan China dengan 14.150 mata.

Bagi disiplin belantan, Kazakhstan meraih emas dengan 14.583 mata diikutiJepun, pemenang pingat perak dengan 13.593 mata manakala pingat gangsa milikpasukan dari China iaitu 13.450 mata. - BERNAMA

  • Print this story
Tags / Kata Kunci: Gimnas , Olivia Tai , Remaja , Asia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan