Hoki Remaja Piala Dunia: Pemain Perlu Cepat Sesuaikan Diri Dengan Cuaca - Minarwan

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad (tengah) menyaksikan penyerahan jersi hoki oleh Pengarah Urusan Kuckreja & Co, Mohanjit Kuckreja kepada Pengurus Pasukan Hoki Remaja Kebangsaan, Mirnawan Nawawi (tiga, kanan) bagi Kejohanan Piala Dunia Remaja di New Delhi, India selepas majlis pertemuan bersama media tempatan di Kuala Lumpur, Sabtu. -fotoBERNAMA
Timbalan Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad (tengah) menyaksikan penyerahan jersi hoki oleh Pengarah Urusan Kuckreja & Co, Mohanjit Kuckreja kepada Pengurus Pasukan Hoki Remaja Kebangsaan, Mirnawan Nawawi (tiga, kanan) bagi Kejohanan Piala Dunia Remaja di New Delhi, India selepas majlis pertemuan bersama media tempatan di Kuala Lumpur, Sabtu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja kebangsaan yang akan beraksi di Kejohanan Hoki Remaja Piala Dunia di New Delhi, India dari 6 hingga 15 Disember ini perlu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca setempat dengan secepat mungkin.

Pengurus pasukan Minarwan Nawawi berkata beliau difahamkan cuaca di New Delhi pada ketika itu agak sejuk.

"Para pemain perlu cepat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana sebelum menghadapi perlawanan pertama peringkat kumpulan," katanya kepada Bernama di Wisma OCM, di sini Sabtu.

"Kita telah menyediakan pelbagai persiapan terhadap skuad remaja kebangsaan ini termasuklah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dan menyediakan kelengkapan yang sesuai dengan keadaan cuaca sejuk. Kami juga telah mendedahkan mereka bermain dalam suhu sejuk di Australia," katanya.

Skuad hoki remaja kebangsaan akan bertolak ke New Delhi, pagi esok dan dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Jerman pada Selasa ini, bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana, katanya.

Pada Kejohanan Hoki Remaja Piala Dunia itu, skuad hoki remaja kebangsaan diundi dalam Kumpulan D bersama-sama New Zealand, England dan Afrika Selatan.

Malaysia dijadualkan bertemu New Zealand dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D pada 6 Disember, diikuti Afrika Selatan (8 Disember) dan England (9 Disember).

"Mengenai perlawanan pertama menentang New Zealand, saya boleh katakan peluangnya adalah 50-50. Kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan sepanjang tahun ini.

"Berdasarkan kepada prestasi semasa skuad remaja kebangsaan, sasaran kita adalah untuk melangkah ke peringkat suku akhir. Bagaimanapun, kita perlu mengambil pendekatan satu perlawanan kepada satu perlawanan di peringkat kumpulan," kata Minarwan, bekas ketua pasukan hoki kebangsaan dari 1998 hingga 2002.

Sebagai rekod, pada edisi 2009 yang berlangsung di Johor Baharu, Malaysia menamatkan saingan di tempat ke-12 daripada 20 pasukan yang bertanding. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan