Jersi Putih Terus Jadi Perhatian LTdL 2014

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muzammil Mohamad (dua, kiri) menyarungkan jersi pelumba terbaik Asia kepada pelumba kebangsaan Muhamad Afiq Huznie Othman (dua, kanan) pada majlis penajaan dan penyerahan jersi rebutan LTdL 2014 di Akademi Penerbangan Malaysia di Kelana Jaya, Rabu.
Muzammil Mohamad (dua, kiri) menyarungkan jersi pelumba terbaik Asia kepada pelumba kebangsaan Muhamad Afiq Huznie Othman (dua, kanan) pada majlis penajaan dan penyerahan jersi rebutan LTdL 2014 di Akademi Penerbangan Malaysia di Kelana Jaya, Rabu.

KELANA JAYA: Selepas pelumba China Wang Meiyin meraih gelaran Pelumba Terbaik Asia dengan menyarung Jersi Putih bagi edisi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 baru-baru ini, kini jersi tajaan Penerbangan Malaysia (MAS) itu kembali menjadi perhatian pada aksi 27 Februari hingga 8 Mac ini.

Naib Presiden Kanan Serantau MAS, Muzammil Mohamad berkata, pihaknya berasa bangga dan teruja kerana sekali lagi dikaitkan dengan LTdL.

“Penglibatan kami dengan sebuah acara sukan berprestij seperti LTdL pasti akan mempromosi Malaysia sebagai destinasi antarabangsa bagi sukan, perniagaan dan pelancongan," jelasnya pada majlis tajaan dan penyerahan di Akademi Penerbangan MAS, Rabu.

Le Tour de Langkawi adalah jelajah berperingkat yang menduduki ranking tertinggi dalam kalendar Asia Tour dengan status 2.HC yang diberikan UCI, sama seperti perlumbaan di China iaitu Tour of Qinghai Lake dan Tour of Hainan.

Persaingan bagi Pelumba Terbaik Asia diwujudkan dua tahun selepas pengenalan LTdL pada 1996.

Klasifikasi individu ini sering dimenangi pelumba dari Indonesia, Jepun, Hong Kong, Iran, Korea, Kazakhstan.

Pemenang lalu kategori Pelumba Terbaik Asia dalam LTdL:

1998: Tonton Susanto (INA)

1999: Hideto Yukinari (JAP)

2000: Wang Kam Po (HKG)

2001: Wang Kam Po (HKG)

2002: Tonton Susanto (INA)

2003: Tomoya Kano (JAP)

2004: Ghader Mizbani (IRA)

2005: Koji Fukushima (JAP)

2006: Hossein Askari (IRA)

2007: Ghader Mizbani (IRA)

2008: Shinichi Fukushima (JAP)

2009: Tonton Susanto (INA)

2010: Gong Hyo Suk (KOR)

2011: Rahim Emami (IRA)

2012: Alexandr Dyachenko (KAZ)

2013: Wang Meiyin (CHN)

Tags / Kata Kunci: LTdL 2014 , Le Tour de Langkawi

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan