Akademi Pelayaran Malaysia Bakal Ditubuhkan Tahun Depan

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sebuah akademi pelayaran Malaysia bakal ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) serta Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA).

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata langkah itu adalah untuk mengembangkan lagi sukan layar di negara ini.

Beliau berkata setakat ini lokasi untuk penubuhan akademi berkenaan belum ditetapkan namun beliau tidak menolak kemungkinan Pulau Duyong iaitu lokasi penganjuran kejohanan Piala Monsun siri Jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT) sejak tahun 2005 itu berkemungkinan menjadi pilihan utama.

"Kami jangkakan akademi ini akan ditubuhkan tahun depan namun bergantung kepada peruntukan sama ada cukup atau sebaliknya (untuk menubuhkan Akademi Pelayaran Malaysia).

"Saya nampak di sini kemudahannya semua sudah ada. Jadi, tak perlulah kita membelanjakan terlalu banyak untuk mendirikan kemudahan itu," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata dengan adanya akademi itu, ia akan menjadi pusat rujukan pelayaran premier negara pada masa depan.

Khairy berkata pihaknya bercadang melantik jurulatih tempatan bagi mengendalikan akademi berkenaan selain melatih anak tempatan sebagai perintis pelayar negara beraksi di peringkat antarabangsa.

"Yang penting, kita bukan hanya melatih peserta menjadi atlet pelayaran, tetapi melatih jurulatih tempatan supaya kita tak perlu bergantung kepada jurulatih antarabangsa atau asing untuk selama-lamanya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kementerian akan memberi lebih banyak penekanan terhadap pembangunan sukan pelayaran terutama bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan layar.

Bagi tujuan itu, satu liga yang mirip kepada kejohanan Malaysian Match Racing Circuit (MMRC) atau kini dikenali sebagai Liga Layar Malaysia (LLM) akan diwujudkan di tujuh lokasi berbeza selepas ini.

"Dalam liga ini, kita akan pergi kesemua tujuh tempat itu dan Program Belia Belayar ini akan ikut setiap tempat yang ada LLM ini.

"Jadi, kita bukan hanya akan buat Program Belia Belayar di Terengganu tapi di setiap tempat yang ada LLM...dan seperti biasa juga, kita ada 'wild-card entry' untuk menyertai Piala Monsun musim depan," katanya yang belum dapat mengesahkan kesemua tujuh lokasi terlibat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan