Vitamin: Atlet Sukan Diarah Rujuk ISN & Adamas - Khairy

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kanan) melepaskan para peserta
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kanan) melepaskan para peserta "Batik Fun Walk" di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di Kuala Lumpur pada Ahad. "Batik Fun Walk" itu disertai kira-kira 1,800 orang peserta yang berjalan kaki sejauh 2.3 kilometer. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Atlet negara yang akan menggalas cabaran ke temasya Sukan SEA Myanmar bulan depan diingatkan merujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN) dan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) sebelum mengambil vitamin atau makanan tambahan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ini sebagai langkah mengelak mereka daripada mengambil bahan-bahan yang dilarang.

Beliau berkata Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana atlet yang didapati bersalah mengguna bahan dadah dan hukuman berat akan dikenakan.

"Pada persidangan WADA baru-baru ini di Afrika Selatan, mereka memutuskan hukuman lebih berat akan dikenakan kepada atlet yang didapati bersalah dari segi penggunaan bahan-bahan dadah yang boleh memberangsangkan prestasi mereka dalam sesuatu temasya sukan.

"Jadi nasihat saya pada atlet yang akan ke Sukan SEA supaya melihat perkembangan ini dengan serius...badan dunia sendiri meletakkan hukuman yang lebih besar dan tinggi terhadap kesalahan anti doping," katanya dalam sidang media Batik Fun Walk 2013 di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini, Ahad.

Khairy berharap atlet sentiasa berwaspada jika ada pegawai, jurulatih dan pengurus pasukan yang memberikan vitamin atau makanan tambahan dan menyarankan mereka segera merujuknya kepada ISN dan Adamas.

Menurutnya atlet negara perlu mengetahui kandungan vitamin atau makanan tambahan yang diberikan oleh jurulatih atau pegawai sukan supaya tidak terjebak dengan masalah doping di Myanmar nanti seperti terjadi pada temasya Sukan SEA di Palembang pada 2011.

Seramai 833 atlet dan pegawai mengambil bahagian dalam 29 daripada 33 acara pada temasya dwitahunan itu di Yangon dan Naypyitaw, Mandalay dan Ngwe Saung dari 11 hingga 22 Disember ini.

Pada Sukan SEA edisi 2011 di Palembang, atlet olahraga, Mohd Yunus Lasalleh dari pasukan 4x400m yang meraih emas dan pemenang pingat gangsa acara angkat berat 105kg, Firdaus Abdul Razak disahkan positif menggunakan bahan terlarang oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) pada temasya itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan