Siti Rahmah Pesilat Tunggal Dari Terengganu Ke Sukan Sea

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Siti Rahmah Mohd Nasir merupakan pesilat tunggal dari Terengganu yang dipilih untuk mewakili negara pada temasya Sukan SEA ke-27 di Myanmar mulai 11 hingga 22 Dis ini.

Setiausaha Persatuan Seni Silat Negeri Terengganu (PSSNT) Rani Mustaffa berkata Siti Rahmah adalah pemenang pingat emas Sukan SEA dalam acara silat olahraga kelas E puteri di Indonesia pada 2011.

"Ini merupakan penyertaan ketiga Siti Rahmah dalam Sukan SEA selepas edisi 2009 di Laos," katanya.

Rani berkata Siti Rahmah adalah merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak Singapura dan Terengganu yang terkenal pada tahun 80-an, Nasir Jalil.

Beliau berkata Siti Rahmah sekarang ini sedang menjalani latihan intensif bersama pasilat elit kebangsaan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai persiapan menghadapi temasya itu.

Dalam perkembangan lain, tiga pesilat Terengganu telah disenaraikan untuk mengikuti latihan pasukan pelapis negara bagi persiapan menghadapi Kejohanan Silat Dunia di Jakarta, Indonesia, tahun depan.

Rani berkata pesilat itu ialah Mahani Bakri, Wan Izaidi Wan Ismail dan Razak Razali, yang telah menampilkan prestasi cemerlang pada kejohanan silat kebangsaan di sini bulan lepas.

Beliau berkata pesilat-pesilat itu sekarang ini diletakkan di bawah pengawasan jurulatih wanita Mahani Bakri Fahmi dan jurulatih skuad lelaki, Mohd Fazli Ismail.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan