Pandelela Terima Anugerah Olahragawati Universiti Malaya

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Atlet badminton Jagdish Singh Dhanda Kuldip Singh (kanan) dan atlet terjun negara Pandelela Rinong bersama trofi olahragawan dan olahragawati  Universiti Malaya.
Atlet badminton Jagdish Singh Dhanda Kuldip Singh (kanan) dan atlet terjun negara Pandelela Rinong bersama trofi olahragawan dan olahragawati Universiti Malaya.

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Pandelela Rinong dinobat sebagai Olahragawati Universiti oleh Universiti Malaya (UM) pada Malam Anugerah Sukan UM (Masum) 2013 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Selasa malam.

Pengarah Pusat Sukan UM Dr Mohd Salleh Amin berkata Pandelela, 20, adalah antara atlet universiti itu yang menjadi kebanggaan tahun ini.

Beliau berkata Pandelela telah mencipta kejayaan dalam beberapa siri Grand Prix terjun antarabangsa bersama Wendy Ng, selain berjaya meraih gangsa pada temasya Sukan Olimpik tahun lepas.

Anugerah berupa piala itu disampaikan Naib Canselor UM Prof Datuk Mohd Amin Jalaludin.

Selain itu, pemain badminton Jagdish Singh dinobat sebagai Olahragawan Universiti. Jagdish membawa pulang gangsa menerusi acara beregu lelaki pada Sukan Universiti Dunia di Kazan, Rusia, Julai lepas.

Selain itu, lima lagenda sukan negara yang juga alumni universiti itu turut menerima Anugerah Sepanjang Hayat.

Mereka ialah bekas atlet hoki negara Mirnawan Nawawi, Nor Saiful Zaini Nasirudin dan Maninderjit Singh serta pemain boling Shalin Zulkifli dan pendaki Gunung Everest Datuk M.Magendran.

Bekas Naib Canselor UM Tan Sri Ghauth Jasmon juga dianugerah gelaran 'Tokoh Sukan'.

Pada majlis itu, sebanyak 21 anugerah disampaikan kepada 284 penggiat sukan UM melibatkan penuntut dan kakitangan sebagai menghargai sumbangan mereka dalam pembangunan kegiatan sukan dan rekreasi universiti itu.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan