MOM Hanya Iktiraf Taekwando Malaysia-Kok Chi

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi mengesahkan hanya Taekwando Malaysia (TM) sahaja yang diiktiraf oleh MOM dan Persatuan Taekwando Dunia (WTF).

Kok Chi mengulas mengenai dakwaan Persatuan Taekwando Malaysia (MTA) yang mengaku mereka merupakan badan induk sukan taekwando di negara dan status mereka telah disahkan oleh mahkamah serta pejabat Pesuruhjaya Sukan.

"Mereka boleh jadi persatuan di Malaysia tetapi untuk mendapatkan status badan induk sukan taekwando negara ini, itu tentunya tidak boleh.

"Mereka boleh jalankan apa-apa aktiviti taekwando tetapi mereka tidak boleh cakap wakil WTF kerana status ini telah diberikan kepada TM.

"Secara jelasnya kami tidak mengiktirafkan mereka (MTA) kerana kita bagi satu persatuan sahaja di bawah MOM. Kalau ada dua persatuan yang sama, sudah tentu akan bergaduh atau timbul masalah apabila mesyuarat nanti.

"TM sudah didaftar oleh pesuruhjaya sukan dan diiktiraf oleh WTF," jelasnya kepada media pada majlis sidang media TV3 sebagai Rakan Penyiar Sukan Sea ke-27 dengan kerjasama Telekom Malaysia sebagai penaja utama dan Milo, rakan penaja.

Menurut Kok Chi, memang mahkamah telah menetap keputusan status badan induk kepada MTA.

"Memang benar keputusan mahkamah itu, tetapi kita kena ada satu persatuan sahaja di bawah payung MOM dan status TM telah disahkan.

"Saya tidak boleh buat apa-apa. Bagi saya keadaan ini satu merugikan kepada atlet dan saya cadangkan kedua-dua persatuan ini bergabung dan sama-sama berbincang.

"Perkara ini sudah lama berantakan dan sepatutnya ia sudah selesai," jelasnya.

Isu taekwando ini kembali bertiup selepas Setiausaha Agung MTA, Eddie Tuan menegaskan status pimpinan sukan taekwando Malaysia perlu dikembalikan selepas Mahkamah Rayuan sebulat suara mengesahkan bahawa MTA adalah badan induk sukan taekwando Malaysia pada 16 Mei lalu.

Keputusan mahkamah tersebut adalah keputusan kedua berpihak kepada MTA selepas kali pertama pada tahun April 2012.

Sebagai rekod, kemelut MTA bermula apabila Pesuruhjaya Sukan membatalkan pendaftaran persatuan itu pada Februari 2010 kerana didakwa menghalang pembangunan sukan taekwondo di negara ini.

Sejak MTA dibubarkan, Taekwando Malaysia (TM) mengambil alih tampuk pimpinan sukan taekwando negara.

MTA kemudian membuat Rayuan terhadap keputusan itu kepada Menteri Belia dan Sukan selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997.

Bagaimanapun, menteri sukan ketika itu mengekalkan keputusan Pesuruhjaya Sukan.

Pada Julai 2010, MTA menerusi bekas presidennya Raja Taharuddin Raja Nong Chik dan Nur Ekmal, MTA telah memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan mendapatkan perintah ‘certiorari’ bagi membatalkan kedua-dua keputusan Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) dan Pesuruhjaya Sukan (Nik Mahmud Nik Yusof) ketika itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan