Jeremy Galas Cabaran Malaysia Dalam Piala Monsun

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jeremy Koo dari Koo Racing Team bakal membawa cabaran negara selepas berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Liga Layar Malaysia (LLM) 2013 yang berlangsung di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong di sini, Isnin.

Kemenangan kali keempat berturut-turut sejak tahun 2010 itu membolehkan Jeremy mendapat tempat dalam Piala Monsun yang akan diadakan di tempat sama mulai 25 hingga 30 November ini.

Jeremy mengetepikan saingan Masyuri Rahmat dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 1 dalam pentas akhir LLM 2013 petang ini dengan keputusan 2-0.

"Perlawanan tadi amat sengit namun dengan semangat berpasukan yang tinggi daripada ahli kumpulan yang lain kami berjaya mengatasi lawan," kata skipper berusia 32 tahun itu.

Dalam saingan merebut tempat ketiga dan keempat menyaksikan bekas penyandang 2009 Hazwan Hazim Dermawan dari pasukan Permai Hotel Match Racing berjaya menyekat kemaraan Mohd Saifullah Mohd Esa dari pasukan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Sailing dengan keputusan 2-0.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Tengku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim selaku pemegang hak Piala Monsun 2013.

Tujuh pasukan menyertai kejohanan MMRC (Malaysian Match Racing Circuit) yang kini dikenali sebagai LLM berlangsung sejak Sabtu lepas, membolehkan juara LLM mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Monsun pusingan akhir serta penentu juara jelajah Match Racing Dunia (WMRT) di venue sama bulan ini.

Keputusan penuh Liga Layar Malaysia 2013:

1)Koo Racing Team

2)Royal Malaysian Navy Match Racing

3)Permai Hotel Match Racing

4)MSNT Sailing Team

5)SPA Yacht Club

6)Team Let's Go Sailing

7)Ri-Yaz Sailing Team

-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan