GP Indonesia: Terengganu Senaraikan Enam Pelumba Sukma - Sukan Ekstra | mStar

GP Indonesia: Terengganu Senaraikan Enam Pelumba Sukma

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu membariskan enam pelumba berbakat bagi menghadapi kejohanan lumba basikal siri akhir GP Indonesia yang akan berlangsung di Jawa Tengah pada 11 hingga 16 Disember ini.

Jurulatih berbasikal Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata Terengganu kini menduduki tangga pertama dengan mengumpul 80 mata.

"Kita sedang fokus untuk menghadapi saingan akhir GP Indonesia dan sasaran kita untuk muncul sebagai juara dalam kejohanan itu," katanya kepada Bernama.

Menurut Syed Mohd Hussaini, pelumba yang dipilih untuk membawa cabaran Terengganu di kejohanan itu merupakan atlet Sukma yang berpotensi.

Mereka terdiri daripada Mohd Badrul Hakimi Hamid, Mohd Azri Ahmad, Cheku Samir Cheku Ramli, Mohd Zulkifli Hamdan, Nor Aiman Zarif dan Mohd Hariq Huzni Othman.

Beliau berkata pelumba Terengganu akan menyertai dua lagi kejohanan di peringkat kebangsaan iaitu Kejohanan Trek Remaja di Cheras pada 28 November hingga 1 Disember dan SportExcel Remaja di Rompin, Pahang mulai 6 hingga 8 Disember. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan