Paintball: Edmonton Impact Pertahan Juara ICC

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pasukan Edmonton Impact mempertahankan gelaran juara Piala Antara Benua (ICC) dengan menewaskan Toulouse TonTons dari Perancis 3-2 pada aksi akhir di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Ahad.

Kapten Edmonton Impact dari Kanada, Tim Montressor begitu teruja dengan kejayaan berturut-turut ini.

"Kami gembira kerana mempertahankan gelaran juara ICC yang diraih tahun lalu, malah lebih penting lagi dapat menewaskan TonTons.

"Ia bukan tugas mudah kerana mereka adalah pasukan teratas dalam ranking Paintball Eropah.

"Selain itu, saya juga mengakui keseluruhan pasukan yang bertanding tahun ini lebih baik dan kuat berbanding tahun lalu " jelasnya.

ICC merupakan piala jemputan yang dianjurkan bersama dengan NWCAP.

Dua pasukan terbaik dari benua Asia, Amerika Syarikat, Eropah, Amerika Selatan dan Afrika Selatan layak beraksi merebut piala ini.

Keputusan penuh ICC:

1. Edmonton Impact (Kanada)

2. Toulouse TonTons (Perancis)

3. San Diego Dynasty (Amerika Syarikat) 4. Portland Uprising (Amerika Syarikat)

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan