Paintball: Dynamix Raih Juara NWCAP 2013 Penuh Dramatik

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan Raskal Malaysia terpaksa berpuas hati di tempat kedua Divisyen 1
Pasukan Raskal Malaysia terpaksa berpuas hati di tempat kedua Divisyen 1

LANGKAWI: Pasukan Dynamix dari Afrika Selatan muncul juara Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza (NWCAP) 2013 selepas meraih kemenangan penuh dramatik 4-3 ke atas pasukan Raskal Malaysia.

Juara Piala Afrika Selatan 2012 itu menggunakan peluang penalti yang dikenakan ke atas pemain Malaysia yang didenda kerana terlebih tembak ke arah lawan.

Tempoh lima saat terakhir meranapkan impian pasukan Raskal Malaysia untuk mencatat sejarah kejayaan pertama pada kejohanan tahunan ini.

Skuad Dynamix yang diketuai Craig Marley,38, turut menewaskan juara NWCAP 2011, Datis dari Iran 1-0 pada aksi separuh akhir sebelum ini.

Manakala Raskal Malaysia turun beraksi sebagai sebuah pasukan 'under dog' walaupun telah lama mencipta nama di peringkat Asia sejak tahun 2004.

Raskal Malaysia menewaskan sebuah lagi pasukan dari Malaysia, Xtioneer 1-0 sebelum mara ke final di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pada Ahad.

"Satu kejayaan yang sukar dipercayai. Kami sangat teruja menjuarai kategori ini kerana terpaksa bekerja keras sebelum ke final.

"Semua pasukan yang beraksi di sini amat kuat dan bermain dengan penuh strategi.

"Sudah tentu tahun depan kami akan kembali lagi bagi pertahanan kejuaraan ini," jelas Marley.

Sementara itu, pengurus pasukan Raskal, Hamman Amin amat terkilan dengan kekalahan ini.

"Agak kecewa kerana kalah dengan keadaan seperti ini. Peraturan Asia hanya membenarkan pemain berada di dalam gelanggang sekurang-kurangnya tiga orang selepas pemain pasukan kami dikenakan penalti.

"Bagi saya mereka seperti mencuri mata kami. Kami telah mendahului 3-2 dan masa permainan hanya berbaki lima saat.

"Pemain kami diberi penalti dan secara automatik mata diberi kepada lawan sekaligus menjadi seri. Tempoh lima saat itu mereka mendapat satu lagi mata kemenangan.

"Rezeki bukan di tangan kami, jadi terpaksa terima sahaja keputusan ini," jelasnya.

Kemenangan ini melayakkan Dynamix membawa balik hadiah bernilai ASD 5,000 bersama trofi, manakala Raskal Malaysia meraih ASD 2,500 serta trofi.

Tempat ketiga, Datis meraih hadiah bernilai ASD 1,500.

Keputusan penuh NWCAP 2013:

Divisyen 1 1. Dynamix (Afrika Selatan)

2.Raskal Malaysia

3.Datis (Iran)

4.Xtioneer (Malaysia)

Divisyen 2

1. Menace ( Australia)

2.the Simpsons (Mas)

3.Throne (Mas)

4.Votolocos (Mas)

Divisyen 3

1.Duckside (Malaysia)

2.Virgin (Thailand)

3.Badai Unite (Mas)

4.Octaine 671

Divisyen 4

1. Kucha Lana

2.TB Squad

3.KTM Bow

4.Malaysia PBJB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan