Enam Pemain Malaysia Sertai Kejohanan Golf Kanak-Kanak Sedunia

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam pemain Malaysia adalah antara 400 pemain golf junior yang akan bersaing dalam edisi kedua kejohanan Golf Kanak-Kanak Sedunia yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 6 Disember ini di Johor.

Menurut kenyataan penganjur kejohanan itu pada Isnin, tiga pemain akan menyertai kategori lelaki dan mereka ialah Daeng Abdul Rahman Abdul Aziz Bawah-14; Victor Ng Yu Kai (B-12) dan Foo Tee Jui (B-10).

Bagi kategori perempuan pula, Malaysia akan diwakili Zulaikhaa Shaari dan Nur Syazani Amalia Mohd Shahzan (B-14) serta Ong Shi Qing (B-16).

Mereka akan bersaing dengan peserta dari Australia, China, Filipina, Perancis, Jepun, Kazakhstan, Myanmar, Pakistan, Arab Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Thailand, United Kingdom, Vietnam dan Zimbabwe.

Setelah mencatat kejayaan besar dalam kejohanan pertama tahun lepas yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club, Subang dan Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, kejohanan tahun ini akan diadakan di Pulai Springs Resort and Palm Resort Golf & Country Club di Johor. Sementara itu, pengurus acara kejohanan berkenaan B. Sukumaran berkata lapan kategori bagi lelaki dan tujuh bagi perempuan akan diadakan untuk peserta berusia lima hingga 18 tahun.

Untuk peserta lelaki, kategori yang diadakan ialah tujuh tahun dan ke bawah, lapan tahun, sembilan tahun, 10 tahun, 11 tahun, 12 tahun, kumpulan usia gabungan iaitu 13 dan 14 tahun, di samping 15-18 tahun, manakala kategori bagi perempuan pula ialah lapan tahun dan ke bawah, sembilan tahun, 10 tahun, 11 tahun, 12 tahun, gabungan 13 dan 14 tahun serta 15-18 tahun.

Sukumaran berkata satu acara berpasukan seperti format yang digunakan bagi kejohanan Piala Ryder, akan diadakan pada hari terakhir kejohanan itu apabila 12 pemain terbaik Malaysia akan bertarung dengan 12 pemain terbaik luar negara.

Kejohanan ini mendapat kelulusan Persatuan Golf Malaysia dan disokong Malaysia Major Events, satu bahagian dalam Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Kejohanan ini menawarkan mata ranking amatur dunia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan