Trio Skuad Menembak Wanita Berpeluang Raih Emas Sukan Sea Myanmar

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Acara 50m Rifle Prone berpasukan wanita negara mempunyai peluang cerah meraih pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar, dari 11 hingga 22 Disember ini.

Justeru, Muslifah Zulkifli yang akan berganding dengan Nur Suryani Mohd Taibi dan Haslisa Hamed berkata mereka perlu menampilkan bidikan yang konsisten dalam acara individu bagi mencapai matlamat tersebut.

"Saya percaya, semua atlet tidak mempunyai masalah mempamerkan aksi cemerlang dalam acara rifle prone kerana acara itu adalah asas. Setakat ini, skor kami bagus tetapi perlu lebih fokus. "Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi saya tahun ini. Walaupun saingan dalam acara individu sengit, saya akan memberi yang terbaik untuk memastikan kita meraih pingat emas dalam acara berpasukan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, Muslifah meraih pingat gangsa dalam acara 50m Rifle Prone individu.

"Bagi saya, acara individu sukar dijangka. Penembak dari Singapura dan Thailand semuanya hebat," katanya.

Dalam pada itu, Muslifah berkata beliau perlu mempamerkan prestasi cemerlang di Myanmar untuk disenarai dalam skuad negara pada temasya lebih besar tahun depan.

"Tahun depan banyak kejohanan penting. Sasaran saya layak ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2014, jadi saya perlu lebih serius dan bersungguh-sungguh kerana atlet menembak lain juga semakin bagus," katanya.

Sukan Komanwel 2014 akan berlangsung di Glasgow, Scotland manakala Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan