Permai Hotel Intai Peluang Ke Piala Monsun 2013

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan Permai Hotel Match Racing mengintai tempat dalam acara Piala Monsun 2013 apabila memulakan saingan kelayakan dalam acara Liga Layar Malaysia di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, di sini esok.

Pengurus pasukan Azman Ali berkata mereka berharap dapat merangkul gelaran juara dalam pusingan kelayakan itu berdasarkan pengalaman luas pelayar dan kru dalam pasukan tersebut.

"Setiap tahun kita menyertai kejohanan ini dan kali ini kita harap akan berjaya mendapat tempat pertama dan sekali gus mewakili negara pada Piala Monsun," katanya pada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata Liga Layar Malaysia iaitu acara pembuka tirai Piala Monsun 2013, akan disertai oleh tujuh pasukan termasuk dua daripada Terengganu iaitu Permai Hotel dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu.

Sebagai persediaan menghadapi kejohanan tesebut, Azman berkata pasukan itu telah banyak menyertai kejohanan di luar Terengganu antaranya di Langkawi dan Johor.

Kejohanan Liga Layar Malaysia akan berlangsung selama empat hari sebelum Piala Monsun 2013 bermula pada 25 hingga 30 November ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan