Paintball: Infernal Akui Sukar Pertahan Gelaran

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Infernal tidak meletak harapan tinggi untuk pertahan gelaran juara.
Infernal tidak meletak harapan tinggi untuk pertahan gelaran juara.

LANGKAWI: Dua pasukan daripada Divisyen 1 terkeluar sekaligus gagal melayakkan diri pada saingan kedua Kejohanan Piala Dunia Asia Naza (NWCAP) yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Sabtu.

Pasukan dari Greece, Antrax Reign dan East Side Raw (Australia) gagal menempatkan diri dalam 12 pasukan ke pusingan kedua yang beraksi pada Sabtu.

Sementara itu, tumpuan pusingan kedua pastinya kepada juara bertahan, Infernal dari Thailand yang kelihatan agak goyang berikutan beberapa pemain lama mereka tidak beraksi tahun ini.

"Kami hanya berlatih selama tiga bulan bagi persiapan kejohanan ini dan dalam pada itu juga kami turut menyertai Liga Paintball Thailand.

"Walaupun kami mungkin menjadi perhatian berikutan meraih trofi juara tahun lalu, saya hanya menyasarkan pasukan ini berjaya mara ke pusingan separuh akhir.

"Ini kerana rata-rata pasukan yang bertanding kali ini lebih mantap dan kami tidak mahu meletakkan harapan tinggi.

"Tambah pula, hanya saya sahaja ahli lama pasukan ini, selebihnya adalah ahli baharu," jelas kapten pasukan, Yongchai Sae-fu.

Sae-fu berkata, dia pasti peluang untuk semua pasukan menjuarai kategori adalah sama rata.

"Perlawanan semakin sukar dan kami cuba perbaiki kelemahan di setiap perlawanan dan berharap akan capai sasaran pasukan.

"Semua pasukan bekerja keras dan bagi saya peluang untuk menjadi juara adalah terbuka," tambahnya.

Empat pasukan teratas daripada 12 pasukan ini akan beraksi pada saingan separuh akhir sebelum ke final pada Ahad ini.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan