Pertimbangkan Terengganu Sebagai Tuan Rumah Acara Sukan SEA 2017 - Ahmad Said

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta Kementerian Belia dan Sukan mempertimbang negeri itu sebagai tuan rumah untuk beberapa acara Sukan SEA yang akan dianjur oleh negara pada 2017.

Katanya langkah itu wajar kerana Terengganu kini merupakan kuasa sukan baharu di negara ini terutama dalam acara lumba basikal, memanah dan berkuda.

Saya telah minta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat untuk berbincang dengan menteri berkenaan tentang hal ini, katanya kepada pemberita, di sini.

Menurut Ahmad, kerajaan negeri sedia mengeluarkan peruntukan sewajarnya bagi penganjuran acara sukan terbabit.

"Negeri ini juga mempunyai peminat sukan yang ramai," katanya.

Mengulas perkembangan lain, Ahmad melahirkan rasa gembira apabila beberapa pemain bola sepak anak negeri menyatakan hasrat mahu kembali menyarung jersi Terengganu dalam saingan musim depan.

"Saya mengucapkan terima kasih atas semangat yang ditunjukkan itu. Begitu juga dengan jurulatih anak negeri yang berkelana ke negeri lain nampaknya mereka akan kembali untuk berbakti di negeri kelahirannya," katanya.

Antara pemain yang akan kembali ke Terengganu ialah bekas penggempur skuad Kelantan, Norfarhan Muhamad yang sebelum ini menjadi rebutan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dan pasukan Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan