Paintball: Nemesis Legion Tekad Rebut Tempat Teratas

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain paintball melakukan tembakan ke arah lawannya semasa menyertai NAZA World Cup Asian PaintBall Langkawi 2013 di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri di Langkawi pada Jumaat -foto BERNAMA
Pemain paintball melakukan tembakan ke arah lawannya semasa menyertai NAZA World Cup Asian PaintBall Langkawi 2013 di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri di Langkawi pada Jumaat -foto BERNAMA

LANGKAWI: Pemenang tempat ketiga Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia 2012, Nemesis Legion kembali beraksi musim ini dengan penuh semangat untuk membaiki kedudukan yang lebih baik pada aksi ketiga tahun ini.

Tahun lalu, pasukan yang diketuai Mohd Rezal Jamaluddin ini tewas kepada pasukan dari Thailand, Infernal pada saingan separuh akhir.

"Dari segi persediaan untuk saingan ini, kami telah menjalani latihan setiap minggu bagi memantapkan posisi masing-masing.

"Tahun lalu kami anggap tiada rezeki untuk ke ke final selepas kalah tipis. Tetapi kami banyak belajar dan akan cuba melakukan yang lebih baik lagi kali ini.

"Saya akui saingan dalam Divisyen 1 ini sangat sengit, memandangkan semua mempunyai pengalaman tersendiri, namun itu tidak melemahkan semangat kami untuk cuba berada di tempat teratas," katanya kepada media di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Jumaat.

Menurut Rezal, tahun ini juga pasukannya menambah seorang muka baharu bagi menguatkan lagi skuadnya.

"Secara keseluruhannya kami masih mengekalkan pemain-pemain yang sama, cuma hanya menambah seorang muka baharu, Nazim Suzali yang beraksi dalam Divisyen Dua Liga Paintball Malaysia sebelum ini.

"Tidak ada banyak perubahan dan saya yakin juga dengan kerjasama semua ahli pasukan, kami mampu mencapai sasaran tahun ini.

"Apa yang penting, kami perlu mengekalkan corak konsisten dalam setiap perlawanan," tambahnya.

Kejohanan kali ketiga yang dianjurkan di Langkawi tahun ini menyaksikan sebanyak 188 pasukan dari 40 negara termasuk Amerika Syarikat, Iran, Jepun, Thailand, Rusia dan Norway.

Divisyen 1 adalah kategori profesional yang beraksi pada aksi Paintball Piala Dunia Asia Naza (NWCAP) yang mana tahun ini turut menyaksikan lima pasukan tempatan beraksi dalam kategori ini.

Lima pasukan dari Malaysia ialah Nemesis Legion, Lost Boyz, Raskal Malaysia, Xtioneer dan Beez Waxers.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan