Jabatan Politeknik Anjur Kejohanan Sofbol Antarabangsa Di Dungun - Sukan Ekstra | mStar

Jabatan Politeknik Anjur Kejohanan Sofbol Antarabangsa Di Dungun

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Jabatan Pengajian Politeknik menganjurkan Kejohanan Sofbol Jemputan Antarabangsa Politeknik Kementerian Pendidikan 2013 selama lima hari bermula pada Jumaat, di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini.

Pegawai Perhubungan Awam politeknik itu, Zaharuddin Ab Ghani berkata kejohanan membabitkan pasukan dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan serta tiga pasukan dari Indonesia.

"Kejohanan ini merupakan acara terbaik bagi IPT sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanan Sukan IPT (SUKIPT) tahun depan," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Pertandingan berlangsung dalam kategori lelaki dan wanita, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan