Sukan Sea: Malaysia Sasar 40 Pingat Emas

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasar pencapaian 40 emas daripada 213 pingat berkenaan yang ditawar pada Sukan SEA Myanmar dari 11 hingga 22 Dis ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan sasaran itu sebagai realistik berdasarkan jenis sukan dan acara dipertanding serta kekuatan atlet negara yang menyertai kejohanan kali ini.

"Sasaran Sukan SEA kurang daripada dahulu sebab banyak sukan yang kita menang emas dahulu, iaitu sebanyak 28 acara, tidak dipertandingkan.

"Sasaran pingat 40 emas juga adalah berdasarkan penilaian MSN (Majlis Sukan Negara), MOM (Majlis Olimpik Malaysia) dan persatuan sukan," katanya.

Khairy berkata antara acara yang menjadi sasaran emas ialah tiga daripada renang, terjun (8), memanah (6), olahraga (5), pencak silat (3), wushu (3) selain mempertahan emas bagi bola sepak.

Sebanyak 33 jenis sukan membabitkan 460 acara dipertanding pada kejohanan dwitahunan itu, yang berlangsung di Nay Pyi Taw, Yangon dan wilayah Mandalay serta Ngwe Saung Beach.

Kontinjen negara, yang menghantar 833 atlet dan pegawai, akan mengambil bahagian dalam 29 jenis sukan kecuali vovinam, perlumbaan bot tradisional, gusti dan kempo.

Pada kejohanan sama di Indonesia dua tahun lepas, Malaysia meraih 59 emas, melepasi sasaran asal 55 pingat emas.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan