LTdL 2014 Kembali Dengan Lebih Sengit

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Laluan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2014.
Laluan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2014.

PUTRAJAYA: Pertarungan epik sebaik bermula, satu lagi kumpulan peloton kelas dunia pada edisi ke-19 Le Tour de Langkawi (LTdL) dari 27 Februari hingga 8 Mac 2014, segala-galanya akan dipenuhi debaran dari mula hingga akhir.

Dengan jarak keseluruhan sejauh 1,506.5km meliputi 10 peringkat, perlumbaan berstatus 2.HC (hors category) dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu, juga acara terbesar dalam kalendar Jelajah Asia UCI (Asia Tour), akan sekali lagi mempamerkan keindahan pemandangan yang ada di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa perlumbaan kali ini menjanjikan lebih aksi sengit penuh debaran berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Bukan itu saja, kita menjangkakan persaingan bagi merebut semua jersi pendahulu juga berkemungkinan bertukar tangan setiap hari.

"Ia akan menjadi perlumbaan yang terbuka hinggalah ke akhir peringkat dan pastinya akan membuatkan peminat berbasikal teruja," kata Khairy pada majlis pelancaran LTdL 2014.

Perlumbaan akan bermula di tempat di Pulau Langkawi dengan laluan mencabar sejauh 101.1km. Peloton bakal berdepan dengan lima pendakian kategori 4 (KOM4) di sepanjang laluan, bermula dengan pendakian di Bukit Malut, hanya lima kilometer selepas dilepaskan di garisan permulaan di Porto Malai.

Ia akan disusuli dengan Peringkat 2 di lokasi permulaan baru di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah hingga penamat di Taman Tasik Taiping, Perak yang meliputi jarak kayuhan sejauh 132.5km.

Pada Peringkat 3, perlumbaan dari Kampar akan berakhir di Dataran Merdeka, yang pastinya mengembalikan memori penuh nostalgia kepada peminat terhadap lokasi penamat tradisi LTdL pada masa lalu, sebelum Terengganu tampil menjadi penaja venue bagi lokasi penamat.

Walaupun jelajah turut membabitkan peringkat pendakian paling sukar ke puncak Genting Highlands pada Peringkat 4, Khairy berkata pemenang jersi Raja Bukit tidak semestinya akan bergelar juara keseluruhan bagi perebutan jersi itu kerana ada banyak lagi pungutan mata ditawarkan pada baki enam peringkat selepas itu.

Lebih bermakna kerana penyarung jersi kuning pendahulu selepas peringkat Genting Highlands akan diuji pada peringkat seterusnya, terutama di Peringkat 7 - laluan sepanjang pantai sejauh 230.1km dari Kota Tinggi ke Pekan, yang menjadi jarak kedua terpanjang dalam sejarah LTdL.

Malahan, jarak yang panjang pada Peringkat 6, 7, 8 dan 9 dengan purata kayuhan sejauh 200km setiap hari, akan menguji tahap kecergasan pelumba dan menjadi faktor penentu untuk membuka persaingan dalam perlumbaan.

"Dengan 22 pasukan dalam senarai permulaan, pasukan yang diterajui pakar pecut juga akan mendapati sukar untuk menang pada setiap peringkat landai, bermakna tidak mungkin perlumbaan akan berakhir dengan pecutan beramai-ramai di garisan penamat," tambah Khairy.

LTdL 2014, yang membawa slogan "Bahang Kembali Semula!" adalah lanjutan kepada slogan edisi lalu "Bahang Kian Terasa" yang berjaya memberi suntikan impak terhadap jenama LTdL kepada media di seluruh dunia.

LTdL diberi nama sebagai perlumbaan paling panas di Asia, dijalankan di bawah cuaca berbahang tropika, dengan peminat setia berbaris di sepanjang laluan yang jarang dapat kita saksikan dalam perlumbaan di benua ini.

“LTdL bukan saja terkenal kerana pelumba terpaksa berkayuh di bawah cuaca terik dan pendakian sukar ke puncak Genting Highlands.

"Ia juga terkenal kerana sokongan dan sambutan hangat yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Bagi pelumba Asia, ia juga menjadi pentas untuk mereka menonjolkan bakat apabila bersaing dengan pelumba handalan dunia."

"Theo Bos, Francesco Chicchi, Brian Coquard, Pierre Rolland dan Andrea Guardini memberikan impak yang positif terhadap perlumbaan edisi lalu. Status bintang mereka meningkatkan minat oleh media antarabangsa terhadap perlumbaan dan pada edisi lalu, kita menerima liputan yang meluas kerana mereka.

“Bagi edisi 2014, sukacita untuk saya mengumumkan pasukan Pro Team Saxo-Tinkoff sudah mengesahkan penyertaan dan saya dimaklumkan bahawa penganjur juga sedang dalam rundingan dengan dua lagi pasukan profesional Pro Team untuk disenaraikan," kata Khairy.

“Bagi edisi 2013, LTdL mencatat sejarah tersendiri dengan kerjasama saluran sukan Eurosports. 10 jam aksi kemuncak perlumbaan telah disiarkan menerusi saluran Eurosport 1, Eurosports 2 dan Eurosports Asia Pacific kepada lebih 160 negara, selain laman internet televisyen Cycling TV yang mempunyai lebih sejuta pelanggan. Melihatkan kepada statistik ini, pendedahan ini pastinya akan membantu mempromosi acara Tahun Melawat Malaysia 2014."

Khairy juga memberitahu bahawa buat tahun keempat berturut-turut, UCI mengiktiraf tahap penganjuran LTdL dengan memberikan sijil "tahap penganjuran cemerlang".

Ketika mengesahkannya menerusi surat rasmi, Pakar Penyelaras UCI bagi perlumbaan lebuh raya, Josephine Clausen juga menyebut pengiktirafan itu adalah kerana tahap keselamatan yang tinggi di sepanjang perlumbaan, selain maklumat jelas yang diberikan pada taklimat pilot bermotosikal untuk media dan panduan teknikal.

Selain dari penganjuran, edisi ke-18 juga menarik penyertaan julung kalinya daripada lima pasukan Pro Team iaitu Astana, Omega Pharma-Quickstep, Garmin-Sharp, Blanco Pro Cycling dan Orica-GreenEdge. Bagi edisi 2014, ia mungkin menyaksikan penyertaan lebih besar daripada pasukan handalan dunia.

Laluan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2014

PERINGKAT 1 - Khamis, 27 Februari 2014 : Langkawi (101.1km)

PERINGKAT 2 - Jumaat, 28 Februari 2014 : Sungai Petani - Taiping (132.5km)

PERINGKAT 3 - Sabtu, 1 Mac 2014 : Kampar - Kuala Lumpur (166.5km)

PERINGKAT 4 - Ahad, 2 Mac 2014 : Subang - Genting Highlands (110.9km)

PERINGKAT 5 - Isnin, 3 Mac 2014 : Karak - Rembau (139.3km)

PERINGKAT 6 - Selasa, 4 Mac 2014 : Melaka - Pontian Kechil (199.1km)

PERINGKAT 7 - Rabu, 5 Mac 2014 : Kota Tinggi - Pekan (230.1km) PERINGKAT 8 - Khamis, 6 Mac 2014 : Kuantan - Marang (202.6km)

PERINGKAT 9 - Jumaat, 7 Mac 2014 : Bandar Permaisuri - Kuala Terengganu (109.7km)

PERINGKAT 10 - Sabtu, 8 Mac 2014 : Tasik Kenyir - Kuala Terenganu Loop (114.7km)

JARAK KESELURUHAN : 1506.5km

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan