CDM Minta Campur Tangan Khairy Dapatkan Penerbangan Terus Ke Naypyitaw

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan SEA Myanmar, Datuk Amiruddin Embi meminta campur tangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bagi mendapatkan penerbangan sewa khas terus untuk atlet dan pegawai negara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ke Naypyitaw.

Amiruddin berkata jika tiada penerbangan terus itu, perjalanan kira-kira 300 atlet dan pegawai negara akan mengambil masa kerana mereka terpaksa menaiki bas ke Nyapyitaw.

"Tempahan penerbangan asal yang dibuat oleh MOM (Majlis Olimpik Malaysia) ialah separuh daripada atlet akan transit di Bangkok kemudian akan menaiki Bangkok Air terus ke Naypyitaw (penerbangan komersial).

"Yang menjadi masalah ialah baki 300 lagi atlet dan pegawai yang akan menaiki penerbangan ke Yangon dari KLIA, tetapi kemudiannya terpaksa menaiki bas ke Naypyitaw yang akan memakan masa enam jam perjalanan.

Sehubungan itu cadangan berkenaan diutarakan untuk memudahkan perjalanan atlet ke temasya dwi-tahunan itu, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pengurus pasukan ke Sukan SEA Myanmar di Wisma MOM, hari ini.

Selain Naypyitaw dan Yangon, beberapa acara sukan akan turut berlangsung di Mandalay dan Ngwe Saung dari 11 hingga 22 Dis ini.

Amiruddin berkata kontinjen negara terdiri daripada keseluruhan 833 atlet dan pegawai, yang akan mengambil bahagian dalam 29 daripada 33 acara pada temasya sukan itu.

"Permintaan penerbangan terus itu untuk mengurangkan risiko kepada atlet, sekiranya kami tiada pilihan dengan menaiki bas, ia akan melibatkan keselamatan dan tempoh enam jam itu akan meletihkan mereka.

"Kami mahu moral mereka tinggi dan tahap fizikal mereka bersedia untuk Sukan SEA...kebajikan atlet adalah keutamaan kami," katanya.

Dalam pada itu, Amiruddin berkata majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara akan diadakan pada 4 Dis, bagaimanapun setakat ini pembawa bendera kebangsaan pada temasya itu belum diputuskan.

Mengenai sasaran pingat di Myanmar, Amiruddin optimis kontinjen negara mampu meraih sehingga 50 pingat emas pada temasya itu.

Sementara itu, Khairy pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke MOM pada Isnin, berkata pihaknya sedia memohon kerjasama daripada Malaysia Airlines (MAS) untuk membawa kontinjen negara terus ke Naypyitaw dari KLIA.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan