Penubuhan Sekolah Sukan Di Sabah Untuk Lahir Atlet Berkualiti

Diterbitkan: Isnin, 11 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Penubuhan sekolah sukan di Sepanggar, Kota Kinabalu diharap akan dimanfaatkan ke arah melahirkan atlet pelapis yang berkualiti dan mampu meraih kecemerlangan.

Menteri Belia Dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata kewujudan sekolah sukan itu memberi ruang dan peluang kepada atlet muda di Sabah untuk mengasah bakat dalam lapangan sukan yang diceburi.

"Kita jadikan sekolah sukan di sana sebagai aras...saya rasa bilangan pelajarnya masih kurang daripada 100 orang," katanya ketika diminta mengulas sesi lawatannya ke sekolah-sekolah sukan di Semenanjung baru-baru ini.

Tawfiq berkata pihaknya akan melihat keperluan yang berkaitan di sekolah sukan itu yang baharu beroperasi pada tahun ini.

Beliau berkata pegawainya telah diarahkan untuk mempunyai perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang ke arah melakukan perubahan pembangunan sukan di negeri ini.

"Kita memastikan ada blueprint untuk sukan di Sabah kerana selama ini apabila jadikan sukan Sukma penanda aras, Sabah berada di kedudukan nombor lapan, nombor sembilan, tidak pernah dapat lima teratas atau tiga teratas.

"Jadi ini merupakan cabaran, kita mahu ada perubahan dan kita akan mula dari bawah termasuk bola sepak mesti ada usah pembangunan akar umbi," katanya.

Dalam pada itu, Tawfiq mahu kerjasama daripada persatuan-persatuan sukan di negeri ini ditingkatkan untuk pembangunan sukan secara keseluruhannya.

Beliau berkata persatuan tidak akan mampu membangun secara menyeluruh atlet kerana mereka mempunyai kekangan kewangan kerana peruntukan mereka hanya untuk menganjurkan kejohanan dan bukan pembangunan akar umbi.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan