MSN Harap Peletakan Jawatan Paulus Firman Tidak Jejas Persediaan Atlet

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan jurulatih beregu negara Paulus Firman perlu dikendalikan dengan baik agar tidak menjejaskan atlet badminton negara, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong.

Meskipun belum mendapat laporan berhubung peletakan jawatan itu, Zolkples berkata: "Apa pun saya harap BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dapat menangani masalah ini sebaik mungkin tanpa menjejaskan prestasi dan latihan pemain.

"Berita peletakan jawatan ini mengejutkan kerana Paulus tidak mempunyai masalah dengan BAM," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan tajaan Sukan Media-MSN di Bukit Jalil, di sini Ahad.

Media sebelum ini melaporkan Pengurus Besar BAM Kenny Goh mengesahkan Paulus Firman telah menghantar notis peletakan jawatan selama sebulan.

Sukan Media-MSN yang bermula hari ini sehingga Ahad depan itu turut disertai Zolkples bagi mengeratkan hubungan antara media dan organisasi sukan tanah air.

Ditanya mengenai cakap-cakap kemungkinan lebih ramai jurulatih akan meletak jawatan, Zolkples berkata beliau berharap perkara itu tidak berlaku kerana ia akan menjejaskan persiapan pemain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan