Atlet Negeri Dapat Kemudahan Sains Sukan Menerusi Kerjasama ISN-MSN - Sukan Ekstra | mStar

Atlet Negeri Dapat Kemudahan Sains Sukan Menerusi Kerjasama ISN-MSN

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerjasama antara Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi pusat satelit ISN di peringkat negeri akan membolehkan atlet negeri menikmati teknologi terkini dalam bidang sains sukan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata sains sukan merupakan bidang yang amat penting dalam aspek pembentukan atlet cemerlang dan ia perlu diberi penekanan oleh pihak MSN bermula daripada peringkat akar umbi.

"Dengan adanya elemen sains, perubatan dan teknologi sukan yang dipelopori oleh ISN, ia dapat melahirkan atlet yang bertaraf dunia serta menaikkan imej sukan negara di peringkat antarabangsa," katanya ketika berucap dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara ISN dan MSN negeri di kementerian di sini, Khamis.

Beliau berkata menerusi kerjasama tersebut, tugas dan tanggungjawab kedua-dua pihak menjadi lebih jelas dan sistematik selain mewujudkan program latihan atlet yang bersandarkan pada bukti.

Menurutnya penyediaan tenaga pakar dalam kalangan rakyat tempatan dan luar negara juga perlu dilaksanakan menerusi satu rancangan menyeluruh yang dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menandatangani memorandum itu manakala MSN diwakili pengarah negeri masing-masing, kecuali Sabah dan Melaka yang akan menandatangani memorandum itu kemudian.

Sehingga kini, ISN mempunyai 11 pusat satelit di 10 negeri di seluruh negara dan satu di Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, Johor, yang menyediakan perkhidmatan sains sukan termasuk dalam bidang Psikologi Sukan, Suaian Fizikal, Fisiologi Senam dan Pemakanan Sukan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan