Skuad Wushu Bakal Cipta Sejarah Raih Pingat Emas Malaysia Ke-1,000

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad wushu negara bakal mencipta sejarah tersendiri pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, bulan depan apabila dijangka menyumbang pingat emas ke-1,000 Malaysia sepanjang penyertaan pada temasya itu sejak 1959.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata acara wushu yang akan bermula pada 6 Disember ini, iaitu sebelum upacara pembukaan temasya itu pada 11 Disember, mampu meraih pingat emas 'istimewa' tersebut.

Beliau berkata acara wushu yang akan berakhir pada 10 Disember, menawarkan 23 pingat emas.

"Selain wushu, Malaysia juga menyertai acara chinlone (sukan sepak takraw tradisional Myanmar) sebelum upacara pembukaan. Bagaimanapun untuk menang pingat emas acara chinlone mungkin sukar.

"Berdasarkan prestasi pasukan negara pada Kejohanan Wushu Dunia, saya percaya wushu mampu memberi pingat emas ke 1,000 Malaysia di temasya Sukan SEA," katanya.

Pada Kejohanan Wushu Dunia 2013 yang berakhir di sini Selasa, Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan dengan meraih empat pingat emas, lima perak dan lima gangsa.

Untuk rekod, sebanyak 460 pingat emas ditawarkan pada Sukan SEA Myanmar dalam 33 acara sukan, yang berlangsung secara rasmi dari 11 hingga 22 Disember.

Pada Sukan SEA 2011 di Palembang dan Jakarta, Malaysia meraih 59 pingat emas.

Jumlah tersebut menjadikan Malaysia meraih keseluruhan 997 pingat emas sepanjang menyertai temasya Sukan SEA.

Setakat ini, hanya dua negara yang meraih pungutan pingat emas melebihi 1,000 butir pada Sukan SEA iaitu Thailand dengan 1,887 pingat emas dan Indonesia (1,602 pingat emas).

Temasya Sukan SEA bermula pada 1959 yang dulunya dikenali sebagai Sukan SEAP dan pada 1977, ia ditukar nama kepada Sukan SEA.

Mengenai kesediaan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017, Sieh berkata MOM akan memaklumkan secara rasmi kepada Persekutuan Sukan SEA hasrat tersebut pada Rabu.

Pada Selasa, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 selepas jemaah menteri meluluskan pembentangan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan minggu lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan