Diana Sumbang Pingat Perak Untuk Skuad Wushu Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 5 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas menyumbang pingat emas dalam acara Nan Dao Wanita pada Sabtu lepas, atlet senior wushu kebangsaan, Diana Bong hari ini mengutip pingat perak melalui acara Nan Gun Wanita dalam Kejohanan Wushu Dunia ke-12, di sini.

Atlet berusia 28 tahun dari Kuching, Sarawak itu memperoleh 9.58 mata, hanya 0.02 mata di belakang pemenang pingat emas, Misaki Saka dari Jepun.

Pingat gangsa menjadi milik Lin Chih-Yu dari Taiwan dengan 9.56 mata.

"Walaupun hanya mendapat pingat perak, saya berpuas hati dengan prestasi saya di Kejohanan Wushu Dunia ini. Kebiasaannya selepas tiga hari bertanding, kebanyakan atlet akan menjadi letih, termasuklah saya.

"Tetapi hari ini saya rasa persembahan saya lebih stabil daripada dua acara sebelum ini. Saya puas hati sebab dapat memperbaiki keputusan saya dalam acara ini," katanya kepada pemberita.

Beliau memperoleh pingat gangsa dalam acara yang sama ketika menyertai kejohanan yang sama di Kanada pada 2009 dan Turki (2011).

"Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan prestasi saya. Pencapaian di sini memberi semangat kepada untuk saya memberi persembahan terbaik di Sukan SEA Myanmar nanti," katanya.

Sementara itu, skuad wushu negara turut menambah satu lagi pingat gangsa melalui Chai Fong Wei dalam acara Dao Shu Wanita selepas mengumpul 9.61 mata.

Acara itu dimenangi peserta dari Hong Kong, Geng Xiao Ling dengan 9.63 mata, manakala pingat perak menjadi milik peserta Vietnam, Hoang Thi Phuong Giang yang mendapat 9.62 mata.

Pingat gangsa berkenaan adalah yang kedua buat pelajar tahun akhir jurusan Pentadbiran Perniagaan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam kejohanan kali ini.

Nasib tidak menyebelahi seorang lagi atlet negara, Ng Shin Yii di kejohanan kali ini, selepas sekadar menamatkan saingan di tempat ke-10 dalam acara Taiji Jian Wanita.

Acara itu dimenangi peserta dari Indonesia, Lindswell. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan