Diana Tambah Kutipan Emas Untuk Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 3 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad negara mengutip pingat emas kedua selain meraih gangsa pada Kejohanan Wushu Dunia ke-12 yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.

Kilauan emas kedua Malaysia itu dirangkul Diana Bong dalam acara Nandao wanita dengan memperoleh 9.66 mata.

Perak dimenangi Lin Chih-yu dari Taiwan dengan 9.59 mata manakala gangsa milik peserta Hong Kong, Yuen Ka Ying, yang mendapat 9.57 mata.

"Ini adalah kejayaan terbaik saya selepas lima kali menyertai Kejohanan Wushu Dunia. Sebelum ini, saya hanya menang pingat perak dan gangsa.

"Saya sangat gembira lebih-lebih lagi memenangi pingat emas di kejohanan dunia. Persembahan saya kali ini bukanlah sempurna tetapi dilakukan dengan sebaik mungkin," kata atlet berusia 28 tahun dari Kuching, Sarawak itu.

Sementara itu, pingat gangsa Malaysia diraih Chai Fong Wei menerusi acara Gunshu wanita dengan 9.62 mata.

Emas diperoleh peserta China, Zheng Shaoyi, dengan 9.72 mata dan perak milik peserta Hong Kong, Geng Xiao Ling, yang mendapat 9.65 mata.

"Saya sememangnya tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan dunia ini. Saya cuma mahu memberikan persembahan yang terbaik di sini," kata Fong Wei, 25.

Pelajar tahun akhir jurusan Pentadbiran Perniagaan Universiti Putra Malaysia itu pernah merangkul pingat gangsa menerusi acara sama di kejohanan yang berlangsung di Ankara, Turki pada 2011.

Empat lagi pingat emas ditawar pada sesi sebelah malam.

Emas pertama Malaysia dirangkul Ho Mun Hua melalui acara Nanquan lelaki pada hari pembukaan kejohanan itu, pada Jumaat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pingat emas , Diana Bong , Nandao wanita , Malaysia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan