Breathe Direka Pelbagai Kelebihan

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kiranjit (baju ungu) dan Inderjit (baju hijau) bergambar bersama model yang memperagakan rekaan Breathe.
Kiranjit (baju ungu) dan Inderjit (baju hijau) bergambar bersama model yang memperagakan rekaan Breathe.

JENAMA Breathe bukan lagi asing bagi pakaian sukan di Malaysia yang dicipta bukan untuk bersaing dengan jenama-jenama lain, tetapi ia direka khas dengan pelbagai faedah atau kelebihan ketika menjalani aktiviti sukan.

Pemilik jenama pakaian sukan ini merupakan pasangan suami isteri, Inderjit Singh Khalae dan Kiranjit Kaur yang memulakan idea untuk mencipta pakaian sukan lain daripada yang lain.

Mula diperkenalkan pada tahun 2010, jenama Breathe kini mempunyai tarikan pengguna di seluruh Malaysia yang berpuashati dengan rekaan ini, lebih-lebih lagi ia mampu mengurangkan kecederaan ketika menjalani latihan sukan mahupun aktiviti lasak.

Menurut Kiranjit, pada mulanya, Breathe ini direka untuk mengatasi masalah peluh ketika melakukan sebarang aktiviti sukan.

"Pakaian ini mampu mengatasi masalah peluh yang menyebabkan baju basah dan ketidakselesaan. Ia direka dalam pelbagai saiz, warna dan juga bentuk.

"Saya bersama suami mengambil inisiatif untuk melahirkan Breathe bagi mengatasi masalah tersebut. Tahun pertama, kami hanya menggunakan satu produk dengan satu material.

"Namun selepas tiga tahun, kami mempunyai empat generasi produk yang mana kami terus menerus membuat kajian bersama pasukan pemantau kami," jelasnya mengenai permulaan Breathe ini.

Kiranjit mempunyai latar belakang perniagaan bergabung idea dengan Inderjit yang sememangnya pernah aktif bersukan.

"Suami saya memang terlibat dengan pelbagai jenis sukan dan saya pula lebih kepada bidang perniagaan dan kami mengambil keputusan mencipta Breathe. Kami juga tahu kehendak pengguna dan sebab itulah kami terus melakukan kajian untuk meningkatkan kelebihan Breathe ini.

"Setakat ini kami hanya menjual secara online dan sambutannya amat menggalakkan. Ada juga yang terus datang ke pejabat pameran saya untuk membelinya.

"Kelebihan Breathe sebenarnya bukan hanya untuk menyerap peluh, malah ia direka untuk mengurangkan kecederaan ataupun mampu mengurangkan kesakitan di bahagian badan ketika aktif.

"Ia juga sesuai dipakai untuk aktiviti sukan lasak kerana setiap sudut pakaian ini mempunyai fungsi yang tersendiri serta ia juga membantu untuk percepatkan penurunan berat badan," jelasnya.

Walaupun penjualan secara online amat positif, Kiranjit mengakui akan membuka sebuah kedai di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur serta di Petaling Jaya.

"Kami merancang untuk membuka sebuah kedai hujung tahun ini kerana bagi saya ia lebih mudah untuk pengguna mendapatkannya.

"Selain itu, sebuah kedai juga akan dibuka di Pulau Pinang tahun hadapan memandangkan penjualan tertinggi kedua datangnya dari sana selepas di Lembah Klang," katanya.

Breathe direka untuk golongan lelaki dan wanita boleh dibeli secara online di www.breatheapparel.com ataupun terus ke pejabat pameran di 19-2, 3rd Mile Square, 15 Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan