Sukan SEA: Keputusan KOM Gugur Noraseela, Hup Wei Wajar

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak menyenaraikan dua atlet senior Noraseela Mohd Khalid dan Lee Hup Wei ke Sukan SEA di Myanmar, Disember ini, adalah wajar.

Presidennya Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata kedua-dua atlet berkenaan perlu memberi tumpuan kepada Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan memandangkan mereka pernah beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Beliau berkata Sukan SEA adalah platform terbaik untuk atlet muda menampilkan kemampuan masing-masing termasuk memecah rekod kebangsaan milik Noraseela dalam acara 400m lari berpagar dan Hup Wei dalam acara lompat tinggi.

"Saya percaya Noraseela dan Hup Wei tahu mengapa mereka tidak terpilih ke Sukan SEA. Mereka berpengalaman dan matang. Mereka kini perlu fokus bagi mengembalikan kecergasan dan meningkatkan prestasi untuk lebih kompetitif," katanya.

Selain melepasi syarat kelayakan ke Sukan SEA, KOM turut membuat pendirian untuk hanya menghantar atlet ke Myanmar berdasarkan prestasi semasa pada Kejohanan Terbuka Malaysia ke-89 di sini pada 19 dan 20 Oktber lepas.

"Atlet muda menunjukkan prestasi cemerlang ketika beraksi pada Terbuka Malaysia...jadi mereka layak beraksi di Sukan SEA," tegas Zainal Abidin.

Noraseela, yang memegang rekod kebangsaan 56.02s yang dicipta pada 2006, hanya mampu merekodkan catatan 60.54s, lebih buruk daripada masa 60.16s yang dibuat pada saringan kedua Sukan Olimpik London tahun lepas.

Hup Wei pula, yang memegang rekod kebangsaan 2.27m, hanya melakukan lompatan 2.10m pada kejohanan tersebut berbanding 2.20m oleh pemenang emas, Nauraj Singh dan Navin Raj dengan 2.15m.

Zainal Abidin menyarankan supaya Noraseela dan Hup Wei memberi tumpuan penuh bagi menghadapi Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.

Sebelum in, Majlis Sukan Negara (MSN) meminta KOM mempertimbangkan semula keputusannya tidak menyenarai Noraseela dan Hup Wei ke Sukan SEA kerana percaya kedua-dua atlet berkenaan berpotensi menyumbangkan pingat emas.

Pada temasya dwitahunan itu dari 11 hingga 22 Disember ini, KOM meletakkan sasaran tujuh pingat emas dengan menyenaraikan 40 atlet termasuk 13 atlet wanita.

Antara atlet elit yang layak ke Myanmar secara merit ialah Loo Choon Sieng (20km jalan kaki lelaki); Iskandar Alwi (lompat bergalah); S. Kanathasan (400m); Rayzam Shah Wan Sofian (110m lari berpagar) serta Schzuan Ahmad Rosely, P.Yuvaraaj, Anchois Aron dan Kwong Kar Jun (4x400m lelaki).

Zainal Abidin menaruh harapan tinggi agar skuad olahraga negara dapat menepati sasaran tujuh emas biarpun mengakui ia bukan tugas mudah buat atlet yang kurang berpengalaman beraksi pada temasya dwitahunan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan