Terengganu Berlumba Basikal Di China Untuk Kutip Pengalaman

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penyertaan dalam kejohanan Lumba Basikal Terbuka Jinjiang di China pada Isnin adalah sebagai pendedahan bagi pelumba-pelumba muda Terengganu sebelum menyertai Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan.

Sukma di Perlis akan berlangsung dari 24 Mei hingga 4 Jun depan.

Jurulatih lumba basikal Terengganu, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan berkata pihaknya menghantar lima pelumba termasuk tiga pelumba muda pada kejohanan sehari itu.

Katanya walaupun pelumbanya tidak memperoleh sebarang kejayaan pada kejohanan itu, namun beliau berpuas hati kerana anak didiknya telah mempamerkan kesungguhan berkayuh memberi cabaran kepada 125 peserta daripada 25 pasukan.

"Penyertaan mereka masih boleh dibanggakan kerana mereka ini masih baharu dalam arena berbasikal dan berjaya memberikan saingan peserta yang datang dari seluruh dunia," katanya.

Pelumba yang dihantar ialah Abdul Aziz Zahid, Che Ku Mohd Nazimie Che Ku Romli, Fahmi Irfan, Mohd Khairul Azizi Abdullah dan Norimran Norin.

Kejohanan itu disertai pelumba kelab antaranya tuan rumah, Amerika Syarikat, New Zealand, Thailand, Australia, Malaysia, Mongolia dan Taiwan.

Syed Muhammad Hussaini berkata dalam acara 70km lebuh raya individu, Abdul Aziz menduduki tempat ke-23 manakala Che Ku Mohd Nazimie dan Fahmi Irfan, masing-masing menduduki tempat ke-30 dan ke-48.

Bagaimanapun, dua lagi pelumba Mohd Khairul Azizi dan Norimran Norin masing-masing tidak dapat menghabiskan perlumbaan apabila terlibat dalam kemalangan 2 kilometer dari garisan penamat.

"Naib baik kedua-dua pelumba itu cuma mendapat luka-luka kecil dalam kemalangan dengan peserta luar itu," katanya.

Beliau berkata bagi acara berpasukan pula, Terengganu menduduki tempat ke-11 daripada 25 pasukan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan