Had Umur Atlet Sukma Kekal Bawah 21 Tahun - Zolkples

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Had umur penyertaan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) dikekalkan kepada atlet bawah 21 tahun dan Majlis Sukan Negara (MSN), selaku penganjur, tidak bercadang meminda syarat tersebut.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong berkata had umur tersebut adalah paling sesuai bagi program pembangunan sebelum seseorang atlet berkenaan dapat mewakili skuad kebangsaan.

"Objektif utama penganjuran Sukma adalah untuk mencungkil bakat atlet di peringkat negeri dan daerah supaya dapat dilatih untuk mewakili negara di peringkat lebih tinggi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Beliau menjelaskan had umur atlet untuk Sukma adalah ideal untuk program pembangunan memandangkan persatuan sukan kebangsaan menganjurkan pertandingan bawah 18 tahun dan atlet berumur lebih 23 tahun sepatutnya sudah mewakili negara.

"Kita tidak mahu atlet berumur 19 atau 20 tahun baru hendak belajar cara bersukan secara serius. Oleh sebah itu, kita kena beri pendedahan dari peringkat awal lagi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan