Moore Juara Golf CIMB Classic 2013

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain Amerika Syarikat, Ryan Moore menjulang trofi Kejohanan Golf CIMB Classic 2013 selepas berjaya menewaskan rakan senegara, Gary Woodland pada penentuan 'play-off' di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Isnin. -fotoBERNAMA
Pemain Amerika Syarikat, Ryan Moore menjulang trofi Kejohanan Golf CIMB Classic 2013 selepas berjaya menewaskan rakan senegara, Gary Woodland pada penentuan 'play-off' di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Isnin. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemain Amerika Syarikat Ryan Moore menjuarai Kejohanan Golf CIMB Classic selepas membuat birdie di lubang pertama dalam perlawanan penentuan menentang rakan senegara Gary Woodland, di sini, Isnin.

Perlawanan penentuan itu terpaksa ditangguh ke hari ini susulan hujan lebat dan ribut petir petang Ahad.

Untuk kejayaannya Moore menerima cek bernilai US$1.26 juta (RM3.95 juta) dan piala daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala Woodland pula membawa pulang US$756,000 (kira-kira RM2.37 juta).

CIMB Classic diiktiraf secara bersama oleh US PGA Tour dan Asian Tour.

Mengulas kejayaannya dalam sidang media selepas perlawanan, Moore berkata menentang pemain seperti Woodland dalam penentuan, beliau sedar tidak boleh membiarkan perlawanan berlanjutan.

"Mencatat kemenangan secepat ini dalam musim ini memang menakjubkan... sementelah dapat menambah mata untuk FedEX Cup," katanya yang berkata beliau seronok bermain di sini.

"Saya memang mahu datang setiap tahun, akan tetapi kelahiran anak sulung menyebabkan saya tidak dapat berbuat demikian," kata pemain berusia 31 tahun itu.

Buat pertama kali kejohanan ini menawarkan mata untuk kelayakan FedEX Cup dan menerusi kemenangan hari ini, Moore melonjak ke ranking kelima kutipan mata kejohanan itu.

Beliau juga menerima pelepasan dua tahun PGA Tour serta layak ke Masters.

Semalam, Moore dan Woodland menamatkan pertandingan masing-masing dengan mencatatkan 14 bawah 274 selepas 72 lubang, namun keadaan cuaca memaksa perlawanan penentuan diadakan pagi ini.

Sementara itu, Woodland yang memburu kemenangan ketiga PGA Tour, berkata nasib tidak menyebelahinya.

"Memang sukar. Jarak lubang jauh dan Ryan membuat pukulan yang hebat," kata pemain berusia 29 tahun yang menyertai PGA Tour pada 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan