Bekas Pemain Hoki Piala Dunia Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain hoki Piala Dunia, R.Uthamarajah meninggal dunia selepas diserang sakit jantung pada pagi Selasa.

Uthamarajah meninggal dunia pada usia 61 tahun, pernah beraksi pada Hoki Piala Dunia di Buenos Aires, Argentina, 1978.

Uthamarajah merupakan pemain kedua selepas abangnya, Patmarajah dari Asia Tenggara mewakili Malaysia ke aksi Piala Dunia.

Patmarajah yang beraksi dalam dua aksi Piala Dunia - Belanda (1973) dan Kuala Lumpur (1975) berkata, dia dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Hong Kong ketika menerima berita sedih ini lebih kurang pukul 10.45 pagi.

"Selepas adik saya berhenti hoki, dia menjadi jurulatih tenis sepenuh masa. Dia pergi ke kelab Lakeview di Subang pagi ini (Selasa) untuk melatih anak seorang doktor dan tiba-tiba jatuh pengsan.

"Mayatnya dihantar ke hospital bagi tujuan post-mortem dan saya percaya dia diserang sakit jantung," ujar Patmarajah yang dijadualkan mewakili Malaysia pada kejohanan Hoki Piala Asia Grand Masters (60 tahun ke atas) di Hong Kong Rabu ini.

Patmarajah berkata, proses pembakaran mayat akan dilangsungkan pada Khamis.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan