Stroud, Moore Muncul Pendahulu Bersama Dengan Kelebihan Tipis Satu Pukulan

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Chris Stroud dan Ryan Moore muncul pendahulu bersama dengan kelebihan satu pukulan selepas pusingan ketiga Kejohanan Golf CIMB Classic 2013 di sini Sabtu.

Selepas tiga pusingan di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di sini, kedua-dua pemain dari Amerika Syarikat itu mengumpul 12 bawah par 204.

Gelaran juara kejohanan bernilai AS$7 juta (RM22.2 juta) itu masih terbuka luas sebelum pusingan penentuan pada Ahad apabila rakan senegara pendahulu, Gary Woodland dan pemain sensasi Thailand Kiradech Aphibarnrat mengekori rapat di tangga kedua.

Stroud, yang menghuni tempat keempat semalam, melonjak ke tangga teratas selepas melakarkan catatan empat bawah par 68 pada Sabtu selepas membuka saingan dengan 67 dan 69 pukulan pada dua pusingan pertama.

"Saya perlu mendapatkan hayunan yang lebih tepat esok," kata Stroud yang kali pertama mendahului kejohanan selepas beraksi dalam 194 kejohanan dalam Jelajah PGA.

Dalam pada itu, Moore, pendahulu pusingan pertama, yakin dapat menampilkan persembahan baik pada pusingan akhir pada Ahad.

"Dua hari yang berbeza...sekiranya dapat melakukan pukulan dan penyudahan baik, saya mempunyai peluang," katanya.

Sementara itu, Woodland, yang menjuarai Terbuka Reno-Tahoe musim lepas, melonjak kedudukan tangga kedua bersama Kiradech dengan melakukan catatan lima bawah par 67 selepas memperoleh 68 dan 70 pada pusingan pertama dan kedua.

"Saya berada dalam kedudukan baik dengan persembahan yang bagus. Saya akan meneruskan usaha ini dan akan melihat apa yang akan terjadi esok," katanya.

Kiradech pula masih mengekalkan status sebagai pemain terbaik Asia dalam kalangan 78 pemain pada kejohanan tersebut.

"Saya amat gembira dengan rentak permainan saya dan sedang berusaha memperbaiki pukulan penyudahan sejak semalam dan ini banyak membantu," kata pemain berusia 24 tahun yang mengungguli ranking Jelajah Asia.

Sementara itu, pendahulu semalaman dengan kelebihan empat pukulan, Keegan Bradley, mencipta empat di atas 76 termasuk bogey berganda pada lubang ke-12, sekali gus ketinggalan tiga pukulan daripada pendahulu.

Pemain nombor tiga dunia, Phil Mickelson ketinggalan lima pukulan daripada pendahulu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan