Nasib Noraseela, Hup Wei Ke Myanmar Diketahui Selasa Ini

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noraseela Mohd Khalid
Noraseela Mohd Khalid

KUALA LUMPUR: Nasib dua atlet senior Noraseela Mohd Khalid dan Lee Hup Wei sama ada akan mewakili negara dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini akan diputuskan Selasa depan.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam tempoh terdekat bagi membincangkan kedudukan kedua-dua atlet itu.

"Sabar dulu (berkenaan status Noraseela dan Hup Wei). Nanti kita bincang (antara KOM dan MSN)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong berharap KOM dapat merombak senarai 39 atlet yang sudah dipilih oleh KOM ke Sukan SEA Myanmar dengan menyenaraikan Noraseela dan Hup Wei.

Meskipun ratu 400m lari berpagar dan atlet lompat tinggi itu gagal layak secara merit selepas beraksi hambar pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, Ahad lepas, Zolkples berpendapat kedua-dua atlet itu wajar diberi peluang ke Myanmar dengan mengambil kira pengalaman serta pengorbanan dilakukan mereka sebelum ini.

KOM, sebelum ini kekal dengan pendirian untuk hanya menghantar atlet yang layak secara merit ke Sukan SEA manakala atlet senior yang gagal melepasi had kelayakan terpaksa melupakan hasrat beraksi pada temasya itu.

Namun, MSN bercadang untuk menanggung perbelanjaan Noraseela dan Hup Wei walaupun mereka gagal melepasi had kelayakan pada kejohanan tersebut.

Kedua-dua atlet tersebut, yang menampilkan prestasi hambar pada Sukan Olimpik 2012 di London, mengulangi pencapaian buruk pada Terbuka Malaysia.

Noraseela hanya mencatatkan masa 61.54s untuk tempat kelima, lebih buruk daripada masa 60.16s yang dicatatkan pada saringan kedua pusingan pertama Sukan Olimpik London.

Hup Wei, yang sekadar melepasi paras 2.16m di London, hanya menduduki tempat keempat dengan catatan 2.10m.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan